bazirkan RM159,000 lawat 243 rangkaian tempat maksiat Hard Rock Cafe di seluruh dunia




KALKRENNER turut melawat rangkaian Hard Rock Cafe di Bogota, Colombia tahun lalu..

FRANKFURT – Seorang lelaki dari Jerman membelanjakan lebih £30,000 (RM159,353) untuk mengunjungi 243 rangkaian pusat hiburan Hard Rock Cafe di seluruh dunia.

Lelaki itu, Kay Kalkrenner, 28, telah mengembara ke seluruh dunia dan sehingga kini, dia telah mengunjungi sebanyak 243 buah pusat hiburan Hard Rock Cafe di lima benua.

Katanya, pusat hiburan Hard Rock Cafe yang pertama dikunjunginya ialah di Miami, Amerika Syarikat ketika bercuti bersama keluarganya pada tahun 1994.

Selepas menamatkan pengajian, dia pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan sebagai pramugara dan menggunakan peluang itu untuk mengunjungi pusat hiburan berkenaan di seluruh dunia.

“Selepas berhenti sebagai pramugara saya menggunakan wang sendiri untuk melancong ke mana-mana negara yang mempunyai rangkaian Hard Rock Cafe.

“Saya sukakan pusat hiburan ini kerana setiap rangkaian yang di lawati memberikan saya satu kepuasan dan pengalaman yang berbeza,” katanya yang baru pulang dari melawat Hard Rock Cafe di Kazakhstan dan kini mencari lokasi premis sama yang seterusnya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI