gigi dinosaur 140 juta tahun dijumpai di hutan pahang!





Contoh gigi dinosaur spesies Ornithischian yang sama jenis ditemui di hutan Pahang dan sebesar saiz duit syiling 10 sen



Beginilah rupa bentuk umum dinosaur Ornithischian

KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Malaya (UM) berjaya menemui sebatang gigi haiwan purba dipercayai dinosaur daripada spesies terbaharu yang menyerupai burung atau dikenali sebagai Ornithischian, lapor agensi berita antarabangsa AFP ..

Gigi itu dianggarkan berusia 140 juta tahun dengan ukuran 13 milimeter panjang dan 10.5 milimeter lebar ditemui di Pahang tahun lalu dan tidak jauh daripada satu fosil dinosaur lain yang memecah rekod sebagai pertama kali dijumpai di Malaysia pada 2012 lalu.

“Ini membuktikan masih banyak lagi rangka dinosaur wujud di hutan tebal Malaysia yang belum ditemui dan kami amat teruja apabila mendapati gigi ini pula mungkin daripada spesies terbaharu dinosaur,” kata ketua penyelidik UM, Masatoshi Sone.

Namun projek kerjasama antara pasukan universiti Malaysia dengan Jepun yang melibatkan Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto tidak mendedahkan lokasi sebenar penemuan dinosaur atas sebab keselamatan kawasan itu diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Ornithischian ialah kumpulan terbesar dinosaur berbentuk burung dan haiwan purba jenis herbivor atau pemakan tumbuh-tumbuhan itu seumpama Triceratop atau nenek moyang badak sumbu moden namun dinosaur ini dipercayai hanya sebesar seekor kuda dewasa.

Projek khas pencarian fosil purba tempatan itu bermula lebih dua tahun lalu dan mencipta sejarah apabila berjaya menemui rangka dinosaur pertama pada 2012 yang dipercayai daripada keluarga Spinosaurid, pemangsa separa air yang makan ikan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI