Berita berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nampaknya semakin hangat sejak akhir-akhir ini.
Terbaru, seorang anggota polis trafik dikatakan telah menerima saman daripada seorang anggota JPJ kerana meletakkan motosikalnya di kawasan larangan dalam petak kuning ketika menjalankan tugas.
Tidak puas hati dengan saman tersebut, anggota trafik tersebut dikatakan balik semula ke balai lalu buat laporan anggota JPJ tersebut mengganggu tugasnya sebagai penjawat awam.
Perkara ini telah di muatnaik di laman facebook berbunyi begini ;
“Ini lagi interesting, jangan main-main dengan JPJ ni, mereka memang strict betul.. anggota trafik yang membuat kawalan trafik ‘point duty’ meletakkan motosikalnya di petak kuning.
“Semasa sedang mengawal lalulintas, penguatkuasa JPJ telah mengenakan saman kepadanya kerana meletakkan motosikal di tempat larangan, anggota polis trafik balik ke balai buat laporan JPJ menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.
“KBSJD arah tangkap, apa nak jadi ni? Strick betul ye (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ) Dato Yusoff Ayob , macam tak harmoni.”
Jika benar insiden ini, diharapkan satu jalan dicapai supaya kedua-dua organisasi yang bertugas menguatkuasa undang-undang ini tidak jadi ‘bahan lawak’ di kalangan masyarakat.
Tapi kalau betul masing-masing dah buat kesalahan melanggar undang-undang.. mereka pun harus disaman seperti rakyat biasa juga...!!!
Home
/
JPJ
/
polis trafik
/
rompak rakyat
/
JPJ VS Polis Trafik...padah sibuk mengutip duit haram tak kira tempat
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI