lembu ganggu pasangan pengantin



Brian dan pasangannya terkejut apabila tiba-tiba dihampiri oleh seekor lembu yang cuba menyerang mereka.

TAMWORTH – Satu pasangan pengantin cemas selepas seekor lembu tiba-tiba cuba menyerang mereka ketika satu sesi fotografi di sebuah kawasan ladang di sini baru-baru ini  kelmarin.

Pasangan berkenaan, Brian dan Rebecca Pepper yang baru berkahwin pada 21 September lalu mengupah seorang jurugambar, Rachel Deane untuk merakamkan detik bahagia mereka.

Ketika pasangan berkenaan sedang merakamkan gambar di satu kawasan padang rumput tiba-tiba mereka dihampiri seekor lembu jantan.

Lembu jantan itu dilihat cuba menyerang Rebecca tetapi Brian yang menyedari perkara itu segera mempertahankan isterinya sebelum menghalau lembu tersebut.

Deane yang turut terkejut sempat merakamkan aksi Brian menghalau haiwan berkenaan dan gambar tersebut menarik perhatian pengguna internet selepas dia memuat naik gambar di laman Facebook miliknya.

“Lihatlah lembu ini yang cuba mencabar Brian untuk mendapatkan cinta Rebecca,” kata Deane.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI