alahai malangnya...keluarga ini tidur berhimpit di pondok buruk sedangkan OKB sibuk membida plet no kenderaan dan pejabat agama aka baitulmal yang sibuk dengan duit zakat masyuk ..?



ZAINI (kiri) bersama keluarganya tinggal di pondok buruk di Kampung Sungai Baru, Selinsing, Bagan Serai, Perak.

BAGAN SERAI – Seorang bapa, Zaini Ariffin, 36, telah melakukan pelbagai kerja demi untuk menyara isteri dan tiga cahaya matanya yang masih kecil.

Bagaimanapun, rezeki seolah-olah masih belum berpihak kepadanya apabila dia hanya mampu menghuni sebuah pondok buruk yang tunggu masa hendak runtuh di Kampung Sungai Baru, Selinsing di sini.

Dia menyewa rumah itu dengan kadar murah iaitu RM60 sebulan atas ihsan seorang penduduk kampung yang simpati dengan nasibnya.

Ujar Zaini penuh hiba, selain mengambil upah menabur benih dan meracun padi, dia turut melakukan kerja-kerja kampung yang lain jika ada pihak yang memerlukan khidmatnya.

“Dalam sebulan, pendapatan saya cuma RM350 sebulan, saya sangat sedih kerana saya tidak mampu untuk menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk keluarga saya.

“Pondok yang saya diami sekarang pun sudah mula reput akibat dimamah hujan dan panas. Disebabkan hidup susah, kami berlima hanya tidur berhimpit-himpit beralaskan tilam dan bantal buruk setiap hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Cerita Zaini lagi, jika hujan lebat, dia terpaksa tebalkan muka menumpang teduh di rumah pemilik pondok yang disewanya.

Dia bukannya tidak pernah berusaha untuk memperbaiki hidup, namun nasib belum menyebelahi dirinya.

Bagaimanapun, Zaini merasa sedikit lega kerana isterinya, Haliza Hussain, 32, serta tiga anaknya, Alisa Anina, 4, Aira Afina, 3 dan Arisa Afrina, 2, tidak pernah merungut.

“Pun begitu saya sedikit tertekan melihat tiga anak saya membesar dalam kehidupan penuh daif dan tak pernah menikmati makanan yang enak dan pakai pakaian cantik pada Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

“Makan setiap hari pun, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” keluhnya.

Justeru, Zaini berharap agar ada pihak yang sudi membantu mengubah nasibnya.

“Berilah saya peluang bekerja atau apa juga jenis bantuan. Hati saya bertambah risau kerana isteri saya kini sedang sarat mengandungkan anak keempat kami.

Zaini boleh dihubungi di talian 017-507 8117.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI