kempen barang naik ( BN )....harga ikan juga bakal naik dan yang berkaitan dengan minyak juga akan juga turut naik....akhirnya darah aku yang NAIK....!!!!








PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memerlukan tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari untuk melakukan pemantauan ke atas harga ikan yang mungkin naik ekoran pengurangan subsidi diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan pengalaman lalu, kenaikan harga ikan berlaku antara lapan hingga 13 peratus atau lima sen sekilogram selepas subsidi diesel dikurangkan.

Katanya, dengan pengurangan tersebut, harga diesel bagi nelayan di zon A, B dan C kini menjadi RM1.65 sen seliter berbanding RM1.45 seliter sebelum ini.

“Nelayan di zon C2 pula menjadi RM2.20 seliter. Setakat hari ini (kelmarin), saya dapati harga ikan yang dibawa dari Sekinchan, Selangor di Pasar Tani Putrajaya tidak berubah mungkin kerana harga diesel baru berubah.

“Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan mengimport ikan sekiranya terdapat kekurangan bekalan supaya harga tidak naik melampau,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI