ancaman serangan siber kembali lagi
CyberSecurity Malaysia (CSM) meminta pengguna berhati-hati ketika menggunakan khidmat perbankan ‘online’ berikutan peningkatan serangan virus ke atas beberapa laman perbankan popular, baru-baru ini.
CSM mengesan trend peningkatan serangan yang dinamakan malware Zeus ke atas laman perbankan ‘online’.
Kita boleh lihat penjenayah siber cuba mengambil kesempatan memasang ‘malware’ Zeus yang sebelum ini hanya memberi kesan kepada komputer.
Kaedah sama cuba digunakan dengan memperdaya pengguna sebelum mengesan nombor telefon dan kemudiannya penjenayah akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mempunyai pautan, tetapi ia sebenarnya sudah dipasang ‘malware’,
Zeus dikenali sebagai Trojan yang popular digunakan dalam kegiatan ‘malware’ perbankan kerana ia memberi kesan kepada komputer bertujuan mencuri maklumat perbankan pengguna.
Walau bagaimana pun CSM tidak menghalang pengguna daripada meneruskan aktiviti perbankan ‘online’ memandangkan ia masih selamat.
Pengguna Android juga tidak perlu risau, namun perlu peka dengan ancaman ini dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Kita menasihatkan pengguna mengabaikan SMS atau mesej sosial yang kini berleluasa meminta pengguna untuk tidak menggunakan dua laman perbankan popular iaitu Maybank2U dan CIMB Clicks kerana kandungannya tidak tepat.
mana mana pengguna yang ingin memberi maklum balas atau laporan mengenai aktiviti mencurigakan boleh menghubungi CyberSecurity di e-mel cyber999@cybersecurity.my untuk mengesahkan maklumat atau mendapatkan pertolongan.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan terdapat penularan ancaman ‘malware’ Zitmo yang menular di peranti mudah alih.
‘malware’ yang dipanggil Zitmo didapati sedang mencuri maklumat perbankan ‘online’ daripada peranti mudah alih berasaskan Android.
Malware yang sama juga didapati berupaya menjangkiti telefon jenis Blackberry sebelum ini.
SKMM menasihatkan pengguna lebih berhati-hati dalam urusan transaksi ‘online’ dan memindah turun aplikasi menggunakan versi antivirus terkini dan memastikannya sentiasa dikemas kini boleh membantu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI