kena saman rm 19 juta halang wanita gemuk naik pesawat



GAMBAR tidak bertarikh ini menunjukkan Soltesz bersama Vilma berada di sebuah lapangan terbang di Budapest, Hungary.

NEW YORK - Seorang duda yang menyaman tiga buah syarikat penerbangan sebanyak AS$6 juta (RM19.15 juta) selepas tidak membenarkan mendiang isterinya menaiki pesawat dengan alasan terlalu gemuk dua tahun lalu akhirnya berjaya menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, lapor MailOnline semalam.

Lelaki tersebut, Janos Soltesz mengemukakan saman di sebuah mahkamah di Manhattan terhadap tiga syarikat iaitu Syarikat KLM Royal Dutch Airlines, Syarikat Penerbangan Delta dan Syarikat Penerbangan Lufthansa.

Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat itu bersetuju untuk membuat penyelesaian kes berkenaan di luar mahkamah tetapi jumlah pampasan tidak didedahkan.

Saman berjumlah AS$6 juta itu difailkan selepas ketiga-tiga syarikat berkenaan gagal menempatkan mendiang isteri Soltesz, Vilma yang ketika itu mempunyai berat 184 kilogram dalam pesawat mereka.

Masalah berlaku ketika pasangan yang menetap di New York itu bercuti di Budapest, Hungary pada Oktober tahun 2012 tetapi gagal pulang semula selepas semua pesawat penerbangan berkenaan gagal menyediakan kerusi yang sesuai untuk Vilma.

Vilma yang terpaksa menggunakan kerusi roda apabila kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis meninggal dunia di sebuah rumah penginapan di Budapest ketika menunggu keizinan pesawat untuk membawa dia pulang


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI