perompak amatur kantoi...pecah lubang bila duit jatuh dari saku



California: Seorang lelaki yang disyaki merompak sebuah bank ditangkap selepas sejumlah besar wang terjatuh dari seluarnya ketika disoal siasat.

Polis berkata, Shawn Lee Canfield (gambar), 25, memasuki bank berkenaan petang kelmarin dan menyerahkan kepada seorang juruwang sekeping kad menuntut wang.

Pihak berkuasa semalam berkata, juruwang berkenaan menyerahkan wang berjumlah AS$2,748 (RM8,772) kepada Canfield yang kemudiannya bertindak melarikan diri.

Juruwang terbabit kemudian memberi butir terperinci mengenai suspek, termasuk tatu pada mukanya.

Penyiasat berjaya menjejaki lelaki itu berdasarkan maklumat yang mereka terima.

Apabila mereka mendekati Canfield, dia kelihatan menyorokkan sesuatu ke dalam saku seluarnya, lapor akhbar Modesto Bee.

Juruwang terbabit yang dibawa ke tempat Canfield ditahan mengesahkan Canfield perompak itu. Dia kemudian dibawa ke ibu pejabat polis.

Ketika menaiki tangga, wang mula jatuh dari seluarnya - semuanya berjumlah AS$2,414 (RM7,705).

Selepas disoal siasat, Canfield berdiri dan baki RM334 (RM1,098) jatuh lagi dari seluarnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI