dah 30 tahun bergelumang dengan sampah baru ambil "port"
LELAKI berusia lingkungan 80-an diselamatkan JKM bersama MBMB.
LELAKI warga emas dikatakan sudah tinggal di bawah longgokan sampah selama hampir 30 tahun.
Melaka: Seorang lelaki warga emas yang hidup bergelandangan dalam longgokan sampah sejak 30 tahun lalu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dalam satu operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sekitar bandar Melaka, di sini, pagi tadi
Lelaki berusia lingkungan 80-an dikenali Lim Hiong Huat itu membina tempat tinggal di bawah longgokan sampah setinggi hampir dua meter.
Operasi itu dilakukan hasil aduan penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk dan pemandangan buruk di kawasan rumah mereka.
Mengikut maklumat, lelaki itu sudah tinggal di bawah longgokan sampah selama hampir 30 tahun lalu, namun pihak JKM hanya menerima aduan seminggu lalu sebelum operasi ini dilakukan.
Lelaki ini tidak memiliki pengenalan diri bersamanya namun pihak JKM akan mendapatkan perintah tahanan sementara selama 30 hari daripada mahkamah untuk melakukan siasatan lanjut.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI