bisnes pasar karat...kereta berkarat dijual RM401,223
KEADAAN sebuah kereta Jaguar model E-type keluaran tahun 1961 yang dilelong baru-baru ini
LONDON - Sebuah kereta jenis Jaguar model E-type keluaran tahun 1961 yang sudah berkarat dijual pada harga £78,000 (RM401,223) dalam satu acara lelongan di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun, pemilik baharu kereta tersebut terpaksa membelanjakan lebih £120,000 (RM617,529) lagi untuk membaiki kenderaan itu.
Hampir semua bahagian pada kereta itu termasuk enjin, badan dan bahagian dalam sudah berkarat.
Model tersebut dianggap sangat jarang dijumpai dan dianggarkan hanya 170 buah sahaja yang masih wujud di dunia.
Seorang pengumpul kereta Jaguar, Nick Goldthorp berkata, kereta-kereta seperti itu menjadi tumpuan pengumpul kereta dan tidak hairanlah ia berharga sangat tinggi.
"Harga kereta ini selepas dibaiki akan meningkat lagi dan pemiliknya masih lagi boleh meraih keuntungan jika menjualnya kelak," katanya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI