tak mampu makan besar , makan rasuah kecil kecilan pun jadilah...kan dah kantoi...pemandu cuba " pow" keluarga pesakit rm 250



Pemandu ambulans didakwa minta duit jadi viral di Facebook.

Kuala Lumpur: Bayar RM250 jika mahu hantar pesakit ke hospital. Itu sogokan diminta seorang pemandu ambulans sebuah hospital milik kerajaan kepada seorang keluarga pesakit yang dalam kecemasan.

Kejadian yang berlaku pada 31 Ogos lalu itu turut tersebar di laman sosial Facebook hingga menyebabkan ramai pihak terkejut dan marah.

Seorang lelaki tempatan mendakwa dia menghubungi talian 999 selepas ibunya jatuh pengsan.

Bagaimanapun, anak mangsa terkejut apabila pemandu ambulans itu yang tiba di rumahnya meminta bayaran RM250.

Berikutan tidak mempunyai wang, mangsa dengan bantuan rakannya menghantar mangsa ke hospital menaiki kereta.

Sebaik tiba di hospital, anak mangsa dikatakan terserempak dengan pemandu ambulans itu sebelum meminta penjelasan terhadap bayaran perkhidmatan untuk ambulans hospital kerajaan.

Pemandu ambulans itu kemudian menjawab, “awak nak tanya apa, kalau kita tak ambil, kita tak ada income (pendapatan), govt (kerajaan) bagi sikit satu bulan RM800. Anak nak minum susu.

“Kita driver je bukan doktor, saya ambil itu bukan untuk saya, duit saya kena bagi dalam itu ada empat nurse (jururawat) lagi, satu orang RM50 saja ma, empat orang baru RM200, tak mahal sebenarnya,” katanya dalam rakaman itu.

Sementara itu jurucakap hospital berkenaan ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengetahui berhubung rakaman video yang sudah tersebar itu dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI