dah tak der makanan lain agaknya..snek lipas di jadikan bahan makanan



Los Angeles –Sanggupkah anda makan snek yang diperbuat daripada lipas? Pengeluar snek tenaga ini menyifatkan lipas sebagai sumber utama protein.

Kini snek protein itu, Kickstarter yang dihasilkan dengan campuran tepung lipas iaitu lipas yang dihancurkan hingga jadi serbuk bersama dengan peanut butter dan jeli, sudah berada di pasaran.

Ia dikeluarkan oleh dua pengasas Kickstarter, Gabi Lewis dan Greg Sewitz.

Gabi, yang berasal dari Glasgow, dan Greg Sewitz, dari Los Angeles, California, percaya snek itu dapat mengatasi keperluan dunia untuk mencari pengganti protien pada masa akan datang.

Ini kerana lipas kering mempunyai kandungan 69 peratus protein manakala dada ayam (31 peratus) dan daging panggang pula mempunyai kandungan 29 peratus protein.

“Lipas mempunyai khasiat tambahan dan unik. Ia lengkap dengan kandungan protein, iron dan kalsium.

“Apabila kita memperkenalkan snek ini, sudah tentu ada yang tidak berani makan kerana stigma mengenai lipas yang dianggap kotor,’’ kata Gabi.

Bagaimanapun pandangannya itu tidak dipersetujui oleh jurulatih peribadi, Jack Braniff. Baginya ia adalah mengarut dan sesiapa juga boleh mendapatkan tubuh badan yang cantik tanpa perlu makan lipas.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI