KEADAAN bayi itu yang diletakkan di dalam periuk bersama sayur-sayuran.
Riyadh: Seorang lelaki dipercayai warga Saudi meletakkan seorang bayi di dalam periuk yang penuh dengan sayur-sayuran sebelum menggunakan sudip untuk mengacau peiuk berkenaan.
Sambil mengacau dia berkata: “Ini yang akan kami makan malam ini.” Bayi itu yang hanya berusia empat bulan, dimasukkan ke dalam periuk itu dan kemudian ditutup sebelum di tempatkan di atas dapur.
Kejadian itu bagaimanapun tidak menyebut di mana ianya berlaku dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bergurau atau serius.
Bagaimanapun, ramai yang mengecam tindakan lelaki itu serta menggesa pihak berkuasa menjejaki dan menghukumnya.
Salah seorang dari mereka berkata : “Hati sebahagian besar manusia kini sudah keras seperti batu. Semoga Allah tidak mengampunkan dosanya.”
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI