taja keganasan di russia dan chehnya ...tapi pemimpin russia ini boleh pulak berikrar nak balas dendam selepas pesawat penumpangnya di bom...kah kah kah




MOSCOW – Presiden Vladimir Putin (gambar) bersumpah akan membalas dendam selepas Moscow semalam mengesahkan letupan bom menyebabkan sebuah pesawat penumpang Rusia terhempas di Mesir pada minggu lalu, membunuh kesemua 224 penumpang dan anak kapalnya.

Putin juga berikrar akan meningkatkan kempen serangan udara Moscow di Syria bagi membalas pengeboman kapal terbang Metrojet itu tetapi beliau tidak menamakan mana-mana kumpulan yang bertanggungjawab.

Kenyataan Putin itu menyusul selepas agensi keselamatan Rusia mengumumkan ganjaran AS$50 juta (RM219 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan individu yang bertanggungjawab mengebom pesawat jenis Airbus A321 itu.

“Ini bukan kali pertama Rusia berdepan jenayah keganasan,” kata Putin selepas bermesyuarat dengan ketua-ketua ke­selamatan negara itu.

“Pembunuhan rakyat kami di Semenanjung Sinai merupakan antara jenayah paling berdarah. Kami tidak akan mengesat air mata dari jiwa dan hati kami.

“Tragedi ini akan kekal bersama kami untuk selama-lamanya tetapi ia tidak akan menghalang kami daripada mencari dan menghukum penjenayah terbabit,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan semalam.

“Kami akan mencari mereka walau di mana mereka bersembunyi. Kami akan temui mereka di mana-mana tempat sekalipun di dunia ini dan kami akan hukum mereka,” tambah Putin.

Pengesahan serangan bom di dalam pesawat tersebut, yang terburuk ke atas Rusia sejak serangan sekolah di Beslan oleh pemberontak Caucasus Utara pada 2004, dibuat beberapa hari selepas serangan di Paris yang meragut 129 nyawa.


Tapi mereka ini dan negara negara sekutu  yang menajakan keganasan antarabangsa  ini lupa  atau buat buat lupa ..

KEKEJAMAN YANG BERLAKU KE ATAS KAUM MUSLIMIN DI RUSSIA


Sebagai permulaan, kami akan paparkan kejahatan yang telah dilakukan ke atas enam orang Muslim yang ditangkap pada 21hb Oktober 2011 di Sibaj. Enam buah rumah telah digeledah dengan ganasnya. Mereka yang ditangkap ini diperlakukan dengan kejam di mana kaki dan tangan mereka telah dipukul dalam keadaan mata mereka diikat dengan kain, kepala mereka di tutup dengan beg, dipukul terus menerus dengan paip PVC dan dilemaskan dengan topeng gas.

Para pegawai yang menyeksa mereka telah membogelkan mereka dan memukul punggung mereka dan mengancam untuk mencabul kehormatan mereka. Mereka dipukul dengan baton dan baton ini dirodok ke dalam mulut mereka. Muslim ini juga digari secara terus menerus selama 8 jam. Para pegawai ini juga menarik janggut mereka dan membakarnya dan menyeksa mereka dengan pelbagai bentuk penyeksaan. Salah seorang dari Muslim ini telah patah 4 tulang rusuk. Akhirnya prosiding jenayah di bawah artikel 282.1 dan 282.2

Kanun Jenayah Federasi Russia telah difailkan terhadap mereka. Jenayah dan penyeksaan ke atas umat Islam ini telah dilakukan oleh pihak berkuasa sejak tujuh tahun yang lalu, sebagai bentuk penentangan dan kebencian mereka terhadap Islam.

Sejak 14hb Februari 2003, setelah keputusan yang tidak berasas dibuat oleh Mahkamah Tinggi Federasi Russia yang menetapkan bahawa Hizbut Tahrir, sebuah parti politik Islam, adalah sebuah organisasi teroris, badan perisikan mula menzalimi kaum Muslimin di Russia. Badan Keselamatan Persekutuan dan

Kementerian Dalam Negeri Republik Bashkortostan mula melakukan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Para hakim dan badan penyiasatan yang dengan mudah menjatuhkan hukuman salah ke atas kaum Muslimin, meskipun bukti-bukti yang ada langsung tidak menyokong dakwaan tersebut, juga bertanggungjawab di atas kezaliman dan penganiayaan ini.

Serbuan oleh Badan Keselamatan Persekutuan yang terkenal dengan keganasannya yang melampau, bermula pada bulan Disember 2004 di bandar-bandar di daerah Bashkortostan. Serbuan-serbuan ini dilakukan sedemikian rupa untuk menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi secara sah telah menetapkan Hizbut Tahrir sebagai sebuah organisasi teroris.

Serbuan juga menyaksikan kejahatan pihak berkuasa dengan memalsukan bahan bukti di mana senjata dan peluru di letakkan di rumah-rumah kaum Muslimin yang digeledah. Mereka yang ditangkap akan diseksa untuk mendapatkan pengakuan bahawa mereka terlibat dengan aktiviti teroris.

Di penjara, anggota perisikan akan datang untuk memukul mereka sehingga separuh mati. Pada 4hb Ogos 2005, sembilan orang telah dijatuhkan hukuman:

(1) Alibayev Marsel Uralovitch, lahir 1974 – 8 tahun penjara dengan keselamatan ketat.
(2) Ahmetsafin Musa Sharifovi̱h, lahir 1977 Р7 tahun 6 bulan penjara dengan keselamatan ketat.
(3) Gabdrahmanov Rinat Rifovich, lahir 1968 – 8 tahun 6 bulan penjara dengan keselamatan ketat.
(4) Gayanov Bulat Marsovich, lahir 1972 – 7 tahun 6 bulan penjara dengan keselamatan ketat.
(5) Gayanov Salavat Marsovich, lahir 1976 – 5 tahun penjara dengan keselamatan ketat.
(6) Gayanov Mars Gabdullovich, lahir 1951 – 4 tahun 6 bulan hukuman bersyarat.
(7) Gumerov Ilgiz Railjevich, lahir 1978 – 3 tahun 6 bulan penjara.
(8) Ryadinskiy Vitaliy Nikolaevich, lahir 1976 – 8 tahun penjara dengan keselamatan ketat.
(9) Saveljev Evgeniy Anatoljevich, lahir 1984 – 4 tahun 6 bulan penjara.
Wakil dari Jawatankuasa Bantuan Sivil dan Memorial (Civil Assistance Committee and Memorial), sebuah pertubuhan hak asasi manusia mengatakan, “Dakwaan jenayah bagi mereka yang didapati mempunyai hubungan dengan Hizbut Tahrir, termasuklah 9 orang yang dihukum semalam, sesungguhnya telah dihukum berasaskan motif ideologi.

Pengumuman oleh Kasjyanov A.A, ketua Jabatan Kes-Kes Utama Pendakwaan Awam (Department of Priority Cases of Public Prosecution) Republik Bashkortostan merupakan pengesahan kepada hal ini. Seperti yang telah disebutkan oleh salah seorang isteri mangsa, yang memetik pihak berkuasa sebagai berkata, “Tidak ada seorangpun yang mengatakan mereka ini adalah teroris, tetapi kami (pihak berkuasa) bertindak atas dasar keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi…”

Berdasarkan apa yang kami (syabab Hizbut Tahrir) ketahui, dakwaan memiliki senjata dan bahan letupan yang di lontarkan ke atas Alibaev dan Gabdrahmanov merupakan tuduhan palsu di mana senjata dan bahan letupan tersebut telah diletakkan di rumah tertuduh. Senjata dan bahan letupan juga telah disusupkan oleh pihak berkuasa semasa serbuan mereka di rumah Ryadinskiy dan Gayanov, namun mereka tidak didakwa di bawah artikel 222 Kanun Jenayah Federasi Russia.

Ini secara tidak langsung membuktikan kebenaran salah satu hujah pembelaan bagi Alibayev dan Gabdrahmanov bahawa kes ini adalah kes palsu yang sengaja diada-adakan. Keadaan di mana senjata dan bahan letupan tersebut dijumpai juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia juga mendedahkan maklumat bahawa para pegawai keselamatan telah melanggar pelbagai undang-undang ketika menyoalsiasat mangsa yang ditahan. ‘Bukti-bukti’ mengenai pembabitan mereka yang ditangkap di dalam organisasi haram dan kegiatan jenayah diperolehi melalui cara penyeksaan dan penganiayaan serta penghinaan terhadap agama (Islam) mereka.

Keputusan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Federasi Russia pada 14hb Februari 2004 bahawa 15 organisasi Islam merupakan organisasi teroris, di buat di dalam mesyuarat yang tertutup. Wakil dari organisasi yang dituduh tidak dipanggil untuk membela diri. Keputusan ini juga tidak diwartakan. Para imam masjid tidak mendapat akses kepada teks keputusan tersebut. Oleh itu, mereka tidak dapat menjelaskan isu ini kepada kaum Muslimin yang terkesan secara langsung dengan keputusan ini.

‘Memorial’, sebuah pertubuhan hak asasi manusia, menerima teks keputusan tersebut pada bulan Julai 2005, dua tahun selepas ia dibuat. Memorial memperolehinya hanya selepas permintaan untuk mendapatkannya dilakukan oleh Gannushkina S. A., salah seorang ahli Majlis Institusi Sivil dan Hak Asasi

Manusia di bawah Presiden Russia, kepada  Lebedev V. M, Presiden Mahkamah Tinggi Federasi Russia. Permintaan pertama dilakukan pada Julai 2004 namun tidak dilayan. Apa yang berlaku ini bermakna, keputusan untuk menghalang hak dan kebebasan seseorang warganegara telah dibuat secara rahsia, yang mana ini sebenarnya adalah bertentangan dengan undang-undang Russia itu sendiri.
Selepas hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, orang-orang Islam ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Di dalam penjara, mereka terus diseksa dan dizalimi.

Para pegawai perisikan selama ini tidaklah melakukan suatu bentuk yang baru dalam menzalimi umat Islam, namun selepas 2008, mereka telah memulakan satu fasa baru dalam menyeksa dan menzalimi kaum Muslimin di Bashkortostan.

Sejak April 2008, gelombang baru penyeksaan dan kekejaman ke atas kaum Muslimin mula terjadi di bandar-bandar di Bashkortostan. Lebih 30 Muslim ditangkap pada 4hb April  di mana 22 buah rumah telah digeledah oleh badan perisikan. Mereka telah mula menyusupkan bukti-bukti palsu sejak tahun 2004 seperti meletakkan senjata di rumah yang digeledah untuk mewujudkan alasan bagi menyumbat kaum Muslimin ke dalam penjara.

Enam orang dari Oufa dituduh terlibat dengan aktiviti Hizbut Tahrir dengan bukti-bukti palsu ini. Mereka adalah:-

(1) Shakirov Albert Zakievich, lahir 1966
(2) Lukmanov Azat Razifovich, lahir 1975
(3) Minnibaev Tagir Fanisovich, lahir 1981
(4) Shamil Sharipov, lahir 1977
(5) Rustam Latypov, lahir 1976
(6) Ajrat Ahmetshin, lahir 1977


Muslim dari Bajmak dan Sibaj juga ditangkap dan dipenjarakan. Mereka adalah:-

(1) Ajnur Sagadeev, lahir 1982
(2) Ajnur Bajsuakov, lahir 1979
(3) Alexey Putintsev, lahir 1976
Muslim dari daerah Meleuz yang ditangkap dan dipenjarakan:-
(1) Rustam Rahmatullin, lahir 1984
(2) Marat Ismagilov, lahir 1982

Muslim dari Davlekanovo juga dipenjarakan. Semua penangkapan ini disertai dengan penyeksaan ke atas mereka dengan tujuan untuk mendapatkan ‘pengakuan’ yang boleh membantu siasatan. Penangkapan terus berlaku pada tahun 2009 di Djurtjuli dan Ulfa. 20 penangkapan yang jelas melanggar hak asasi manusia dilakukan.

Enam dari mereka dijatuhkan hukuman pada 22hb September. Mereka adalah”-

(1) Rustam Latypov, lahir 1976
(2) Shakirov Albert Zakievich, lahir 1966
(3) Lukmanov Azat Razifovich, lahir 1975
(4)  Ildar Muhametdinov, lahir 1975
(5) Shamil Husnijarov, lahir 1982
(6) Ilgiz Salahov, lahir 1975

Pada 2010, keadaan yang sama dihadapi oleh kaum Muslimin di Tuimazy, Meleuz dan Mrakovo di mana tuduhan jenayah dan pemenjaraan terhadap mereka dapat disaksikan. Tahun 2011 merupakan kemuncak kezaliman badan perisikan di Bashkortostan. Pada 17 Mac 2011, pasukan bersenjata telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah flat di mana beberapa orang Islam sedang berkumpul untuk menikmati minuman teh. Mereka semua terus di bawa ke balai polis.

Kezaliman mereka bertambah buruk pada 25 Mac 2011 ketika umat Islam mengadakan perhimpunan aman untuk menuntut hak-hak mereka. Pihak berkuasa Republik ini bukannya ingin mendengar apa yang dituntut, sebaliknya telah mengarahkan badan perisikan untuk menangkap mereka yang terlibat. Puluhan ditangkap dan diseksa oleh para pegawai Kementerian Dalam Negeri dan FSC.

Lapan orang dituduh di bawah kesalahan jenayah artikel 282.2. Mereka adalah:-

(1) Shamil Galimov, lahir 1980
(2) Rustem Galljamov, lahir 1984
(3) Michael Toptygin, lahir 1983
(4) Ildar Ibragimov, lahir 1975
(5) Ruslan Zajnullin,  lahir 1991
(6) Ajrat Ahmetshin, lahir 1977
(7) Mansur Sharipov, lahir 1988
(8) Alexey Hamadeev, lahir 1981

Sebahagian saudara-saudara Muslim yang prihatin telah pun membuat aduan terhadap pihak berkuasa yang menyeksa dan menzalimi mangsa ini beserta penipuan (bukti palsu) yang mereka lakukan, kepada pihak atasan mereka. Kaum Muslimin di Bashkortostan terdedah kepada segala perlakuan kejam dan zalim badan perisikan sehinggalah ke hari ini.

Para pegawai ini bagaikan pemburu yang sentiasa dahagakan darah dan tidak pernah puas dengan kezaliman dan penyeksaan yang mereka lakukan. Sehingga ke hari ini, mereka terus menzalimi dan membuat pertuduhan palsu ke atas umat Islam. Kebencian mereka terhadap umat Islam tidak hanya ke atas kaum lelaki, malah kaum wanita juga menjadi mangsa. Isteri-isteri mereka yang dituduh, yang masih mempunyai anak-anak kecil, juga ditekan dan dianiayai.

Antara mereka:-

(1) Shakirova Lilija Ramilevna,lahir1982, ibu kepada 4 orang anak.
(2) Mannapova Julia Kazihanovna, lahir 1984, ibu kepada 2 orang anak kecil.
(3) Minibaeva Elmira Junirovna, lahir 1985, ibu kepada 2 orang anak .

Mereka juga dituduh terlibat dengan ekstremisme. Tindakan para pegawai keselamatan di Bashkortostan ini adalah seperti tindakan binatang yang ganas kerana kekejaman dan kezaliman mereka ini adalah di luar batas kemanusiaan. Sharipov Mansur Maratovich telah dipukul dengan begitu teruk di penjara sementara menunggu perbicaraan pada September 2011 di Oufa. Tiada seorangpun dari pegawai yang memukulnya dikenakan tindakan meskipun penganiayaan tersebut telah dibuktikan oleh Suruhanjaya Pembelaan Hak Asasi Manusia.

Setiap hari penangkapan terus berlaku. Tidak ada bandar yang terlepas dari kezaliman ini. Perbicaraan terus berlaku di Birsk, Salavat, Oufa; semua ini terus berlaku meskipun berlaku pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Di Sterlitamak pada bulan September lepas, tiga buah rumah Muslim telah digeledah di mana tiga buah buku Hizbut Tahrir dijumpai. Kes jenayah terus difailkan.

Pada Oktober 2011 di Oufa, pegawai bersenjata FSC telah menyerbu masuk dan menggeledah sebuah pangsapuri di mana 4 orang Muslim tinggal di dalamnya. Mereka terus ditangkap dan dibawa ke ‘bilik-bilik seksaan’ yang terletak di Jalan Krupskaya 19, sebuah bangunan pentadbiran FSC. Di Bashkortostan sahaja, ahli-ahli Hizbut Tahrir diletakkan di dalam bilik-bilik seumpama ini di sepanjang tempoh pengharaman Hizbut Tahrir.

Wahai Manusia! Kalian memiliki pemikiran dan kalian mampu membezakan yang baik dari yang jahat. Kalian boleh bertanya kepada Russia dan pihak berkuasanya akan layanan mereka terhadap rakyatnya. Siapakah yang memberikan kepada mereka hak untuk menculik, memukul dan menangkap manusia hanya kerana seseorang itu mempunyai pandangan tertentu dan berpegang teguh kepada pandangan tersebut?

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,

“Di antara orang-orang Mukmin itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu (apa yang Allah janjikan ke atas mereka) dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)” [TMQ al-Ahzab (33):23].


Jurucakap Pejabat Media
Hizbut Tahrir Russia
Usman Salihov



Memang celaka putin dan kerajaan russia...kamu ingat nak membalas dendam sahaja...tapi kamu lupa atau buat buat lupa apa yang kamu buat rakyat  CHECHEN ,CHEHNYA..kamu  bunuh rakyat negara itu sesuka hati dengan  menfitnah dan membunuh pemimpin nya sekali


Muslim Chechnya  berperang   dengan Russia 

Perang pertama Chechnya terjadi pada Desember 1994, dilakukan oleh pemerintahan Yeltsin. Tujuannya adalah untuk mengintegrasikan Chechnya sebagai bagian dari Russia. Presiden Dzhokhar Dudaev, memenangkan pemilu yang jujur dan bersih pada Oktober 1991, mendeklarasikan kemerdekaan Chechnya pada November di tahun yang sama, dan menolak Moskow. Sampai musim semi 1994, Chechnya adalah satu-satunya negara yang tak mau bergabung. Maka perang pun berkumandang terhadap Muslim Chenchen.

Putin mengklaim bahwa Russia sedang memerangi teroris. Perang pertama berakhir pada Agustus 1996. Perang ini menewaskan lebih dari 100.000 rakyat sipil dan tentara Chenchen. Perang kedua yang meletus pada musim gugur 1999, adalah sebagai balas dendam perang yang terjadi selama 1994-1999. Russia mengklaim, bahwa Shamil Basayev, seorang pejuang Chechnya telah membom serangkaian apartemen di Russia, sesuatu yang tak pernah terbukti sampai sekarang.


Dendam Lama ISIS Kepada Rusia

Di bawah kekuasaan Uni Soviet, Chechnya menjadi "anak tiri". Bukan cuma diperlakukan buruk, mereka juga selalu dicurigai. Perang terbuka antara warga Chechnya yang mayoritas muslim dengan tentara Beruang Merah kembali pecah pada 1991 setelah wilayah itu menyatakan memerdekakan diri dari Rusia.

ISIS punya banyak "soal" yang harus diselesaikan dengan Rusia. Mereka belum lupa luka lama di Chechnya, dan sekarang, luka itu kembali terbuka setelah Kremlin mengirimkan pesawat dan tentaranya membantu Presiden Suriah Bashar al-Assad melawan ISIS.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI