jamil khir ni HANTU ATAU PUN BUAYA...?.. dah sebat duit zakat dan anak yatim...kini nak mintak RM 10 juta..kah kah kah....!!!



Pendedahan mengenai skandal yang melanda Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah kerana hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemberi maklumat bagi mencegah kemungkaran dan bukan berdasar faktor politik.

Oleh itu  tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menuntut ganti rugi am RM10 juta sebagai ganti rugi atas fitnah, yang kononnya  sebagai tuduhan jahat terhadap menteri itu  adalah mengarut sama sekali.

"Pendirian saya tetap sama, kenapa saya perlu minta maaf? Saya tidak ambil duit YaPEIM.

"Jamil Khir hendak minta kemaafan saya ataupun 10 juta ringgit?" soal pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir pada satu sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.

Akmal memberitahu, beliau diberi masa 2 hari untuk meminta maaf terhadap pendedahan mengenai pembiayaan YaPEIM dalam satu rombongan Jamil bersama isteri ke Amerika Syarikat menelan belanja RM290,000 dengan menggunakan dana saluran melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

Akmal sekali lagi mendakwa tindakan saman ini hanyalah untuk mengalih perhatian daripada beliau selaku menteri bertanggungjawab untuk menjawab perkara berbangkit.

"Jika benarlah pendedahan-pendedahan yang saya buat tidak berasas, lebih elok beliau membuat penjelasan terbuka dengan bukti-bukti yang kukuh.

"Namun sekiranya Jamil Khir meneruskan rancangan tindakan saman, beliau bukan sahaja berhadapan dengan saya seorang, tetapi juga dengan 588,930 pencarum YaPEIM," katanya.

Akmal menerima surat tuntutan daripada Jamil petang semalam.

Jamil mengemukakan surat tuntutan terhadap Akmal satu kenyataan yang mendakwa beliau menggunakan wang YaPEIM untuk membiayai perjalanan ke luar negara.

Surat tuntutan itu dikemukakan melalui firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associates dan dialamatkan ke Pejabat NOW di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.





##



Kerja pemegang amanah tu susah sangat ke, hingga perlu menuntut gaji beratus ribu sebulan? Aku rasa gaji doktor pakar dan pengurus dana bank pun kalah. Dah macam mencuri duit orang miskin dan yatim piatu.

sangat menggerunkan berhadapan dengan sesiapa sahaja orang bergaji besar menyapu awan ini, contoh bergaji tinggi sebanyak RM154,000 sebulan oh! jawatan apa ini? Tapi kalau jawatan yang lebih tinggi lagi berpengaruh dari ini berapa pula gaji dan elaun mereka mungkin juta-juta sebulan?

588,930 x RM 10 = RM 5,889,300 sebulan kalau dikira 1 pencarum Yapeim menderma sebanyak RM 10 seorang. RM 5,889,300 ini kalau diagihkan kepada orang miskin sebanyak RM 1000 seorang , maka sebanyak 5889 mendapat manafaatnya. Dengan Pusat Zakat negeri2 juga menjalankan peranan masing2 maka sepatutnya tiada orang Islam yang miskin di Malaysia ini.

Apake jadahnya buat kursus kahwin selama 2minggu diParis pakai duit anak-anak yatim dan orang miskin.Makes no sense at all.
Kursus kahwin atau  honeymoon.

itulah menteri kabinet hasil didikan najib, semuanya memang  kaki  rasuah..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI