resepi sambal telur + rebung
Bahan-Bahannya :-)
5 biji telur, direbus keras
300 g rebung, cuci dan hiris nipis tapi tak putus
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 inci belacan*
1 keping hirisan halia*(*ditumbuk halus)
Cara membuatnya :-)
Kupas telur dan goreng dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Celur rebung hingga 3/4 lembut. Toskan.
Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk bersama cili kisar, kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Masukkan rebung dan sedikit air. Masak hingga rebung lembut.
Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula, masukkan telur dan hirisan bawang. Masak hingga sambal pekat sedikit. Rasa jika ok, boleh diangkat.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI