Bersin Lalu Terkeluar Tulang Hidung



SEORANG pelakon tidak menyangka tulang hidungnya terkeluar ketika bersin dalam kes yang mengejutkan dan menakutkan akibat diserang dengan parasit yang makan daging.

Lois Temel, 41, terpaksa melalui lima pembedahan susulan keadaan terbabit. Dia juga dimaklumkan oleh doktor bahawa hidungnya hanya tinggal kulit.

Akibat penyakit berkenaan Temel hilang kerja, namun kini dia bercadang untuk kembali berlakon dan akan menyertai kursus lakonan.

“Pada mulanya saya tidak berasa sakit di bahagian muka…saya hanya rasa letih.

“Saya telah menemui beberapa orang doktor dan hanya selepas kamera dimasukkan ke dalam hidung saya barulah doktor memberitahu `muka awak kosong’.

“Saya cuma bersin dan darah mula keluar dari hidung dan apabila saya tengok di tangan ia adalah seketul tulang,” katanya.

Lois memberitahu, dia mengalami kehidupan pada teruk pada Januari lalu dan hampir putus asa untuk meneruskan hidup.

“Saya tidak mempunyai rumah, tiada kekasih, tiada kerja dan tiada anak, jadi apa gunanya hidup lagi.

“Namun lakonan memberikan saya alasan untuk meneruskan hidup,” kata Lois yang mengutip derma untuk membantu membiayai yuran kursus lakonannya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI