alasan barua bela bapak HANTU RAYA 1 MALAYSIA...Siasatan RM2.6 bilion ambil masa, libatkan transaksi, saksi luar negara kata SPRM....!!!





bior hilang nyawa konon...!!...nak saman WSJ dan ajak berdebat pun telor di picit rosmah...DAYUS SOKMO memanjang....!!!


Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana politik RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengambil masa kerana ia melibatkan transaksi dan saksi di luar negara.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai kes itu kerana siasatan baru berjalan beberapa bulan sedangkan ada kes yang mengambil masa sehingga 9 tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan SPRM bagi menentukan jika terdapat kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain itu, Najib akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan perdana menteri mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut, katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa berkaitan Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, malam tadi.

Razali berkata walaupun siasatan masih belum selesai, SPRM mengeluarkan kenyataan dana RM2.6 bilion itu adalah derma dan bukannya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata kebiasaannya SPRM tidak membuat sebarang pengumuman mengenai hasil siasatan kes yang belum selesai.

"Dalam kes ini (RM2.6 bilion) jangan kata boleh buat (pengumuman) pula, siasatan tidak boleh dikongsi kecuali dengan kebenaran AG (peguam negara) dan pesuruhjaya SPRM. Pengumuman terpaksa dibuat kerana derma yang dimaksudkan bukan daripada 1MDB," katanya.

Beliau berkata pengumuman awal yang dibuat itu juga adalah berdasarkan dokumen yang diperoleh SPRM daripada pihak terlibat.

Katanya, selain itu SPRM juga berjaya mendapatkan pengakuan daripada pihak yang menyalurkan sumbangan dana politik berkenaan.





##


Sebelum ini Najib cakap sprm sudah declare itu wang derma, tapi sprm cakap tak boleh bagi keputusan sebelum siasatan selesai. ada betul ke sprm ni, atau sudah kena dgn rm sampai tak boleh buat siasatan & keputusan...tunggu ROSMAH beri lampu hijau kot...kah kah kah

Cakap macam budak TADIKALAH!!!!!check pm punya acc transaction dulu lah....ambil statement,itu pun dah cukup bukti dalam negara!!!!!!!!!!making rakyat FOOL's!

Alasan nak cover-up ... Kalau benda tu bersih kita harus tulus dan cepat untuk menyatakan yang kita ni bersih, bukan cari alasan demi alasan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI