Resepi Kek Pelangi



Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar serbuk koko (tak guna pun)
1 sudu kecil esen vanila
2-3 sudu besar susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai


Cara cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu
   dan pukul sebati.

2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh
    tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada
    7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

3. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah
   dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
   Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Nota:

Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.

Selamat mencuba.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI