Bahan-Bahan:
6 biji putih telur
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan - perahan 6 helai daun pandan yang besar
Bahan diayak:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
Cara Penyedian:
1- Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang,
masukkan kuning telur dan pukul lagi.
2- Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata.
3- Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil
dikacau perlahan2 sehingga sebati.
4- Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas
minyak terlebih dahulu.
5- Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek
untuk dikukus.
6- Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga
betul2 masak.
Nota penting:
Jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil sebelum dikukus
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI