peranchis bermain api...lancarkan serangan balas dendam ke atas kota IS



BEBERAPA bom yang digunakan dalam serangan udara itu tertera perkataan “From Paris With Love”. -

DAMSYIK – Letupan menggegarkan kubu kuat kumpulan pejuang Islamic State (IS) di Syria, Raqa selepas serangan udara besar-besaran Perancis mengenai beberapa sasaran kononnya bagi membalas dendam serangan  IS di Paris pada Jumaat lalu.

“Serangan ini memusnahkan sebuah pusat arahan IS, sebuah pusat rekrut, sebuah depot simpanan senjata dan sebuah kem latihan pengganas di Raqa.

“Operasi bersama tentera Amerika Syarikat itu melibatkan 12 jet pejuang yang berlepas dari Jordan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Pesawat-pesawat kami menggugurkan lebih 20 buah bom,” kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Presiden Perancis, Francois Hollande mengutuk serangan ke atas Paris kononnya sebagai tindakan perang dan berikrar akan menyerang balas IS tanpa belas kasihan.

Sementara itu, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain mengesahkan siri serangan udara itu mengenai bandar Raqa yang dianggap sebagai ibu negara kerajaan khalifah IS di Syria dan Iraq.

“Terdapat sekurang-kurang­nya 36 letupan akibat pengeboman ke atas Raqa, sebahagiannya disebabkan oleh serangan udara dan beberapa letupan senjata serta bahan letupan yang terkena serangan itu.

“Letupan-letupan menggegarkan seluruh bandar itu. Terdapat serangan udara di kedua-dua bahagian utara dan selatan Raqa,” kata Pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI