Bahan - Bahan:
1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla
Cara Penyediaan:-
1) Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil, sehingga cair.
2) Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa
sisa gula yang belum cair.
3) Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika.
4) Pukul telur hingga kembang
5) Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
6) Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak
tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
8) Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan
gaul sebati.
9) Perap adunan ini slama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang
yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c atau kukus selama 1 jam 45 minit.
Nota:
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan mentega & letak kertas minyak pada bekas yang
di gunakan untuk bakar atau kukus.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI