Resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese




Bahan A

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara:

Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.

Bahan Kek

2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar / cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar sebuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder

Loyang 8x8x3 (di alas dasar dan di gris)

Cara-cara:

1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan vanilla
    dan garam.
3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
4. Setelah itu masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
6. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup dengan aluminium foil dan
    kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana hingga masak.
7. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula
    dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
8. Akhir sekali tuang adunan coklat selebihnya, tutup dengan aluminium foil
    dan kukus lagi selama 20 minit.
9. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidangkan.

** untuk membuat 2 lapisan cream cheese, gandakan sukatannya.
** untuk membuat corak, ketepikan 2-3 sudu besar adunan cream cheese dan
campurkan dengan 1 sudu kecil coklat emulco, masukkan ke dalam piping bag dan pipe mengikut corak yang di sukai..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI