reka lobi hotel dari kayu kitar semula




SUASANA ruang lobi Hotel Hotel di Canberra yang menggunakan 5,000 kepingan kayu kitar semula.

CANBERRA, Australia – Sebuah hotel yang membina ruang lobi dengan menggunakan kayu kitar semula dinobatkan sebagai juara pertandingan hotel yang menggunakan kayu terpakai sebagai hiasan dalaman pertama di dunia.

Dikenali sebagai Hotel Hotel yang terletak di Canberra, ia merupakan sebuah hotel futuristik apabila menewaskan 100 hotel lain termasuk bagi kategori ruang pejabat, bar dan restoran.

Pereka bentuk bangunan itu, March Studio berkata, pihaknya menggunakan kira-kira 5,000 kepingan kayu kitar semula untuk menghiasi pintu masuk lobi tersebut selain menjadikannya sebagai dinding, tangga dan perabot.

Malah, terdapat sebuah terowong yang turut dibina dengan menggunakan kayu bermula dari kawasan menyambut tetamu sehingga ruang lobi di hotel berkenaan.

Seorang hakim berkata, penggunaan kayu terpakai adalah satu hasil hiasan dalaman paling luar biasa dan menakjubkan.

“Pemilihan kayu itu menimbulkan suasana kemesraan dan keakraban. Mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang sangat kreatif dan di luar jangkaan,” katanya.

Kemenangan hotel itu berjaya menewaskan hotel-hotel terkenal seperti Hotel Pavilion di Shepherd’s Bush, London; Hotel Istanbul dan Hotel Skytel di China

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI