hadiah atau di curi..atau beruk siku...?....rakyat india tuntut kerajaan britain pulangkan balik mahkota berlian



RATU Elizabeth (kanan) dilihat memakai mahkota Koh-i-Noor semasa pertabalan mendiang suaminya.

NEW DELHI – Beberapa pelakon Bollywood dan ahli perniagaan di sini mengambil tindakan saman ke atas kerajaan Britain supaya memulangkan semula sebuah mahkota berlian bernilai £100 juta (RM661 juta) yang didakwa dicuri dari negara itu.

Mahkota yang dikenali sebagai Koh-i-Noor itu pernah dipakai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth semasa pertabalan mendiang suaminya, George VI dan anaknya.

Prosiding perbicaraan kes untuk mendapatkan semula mahkota 105 karat itu dijangka dibawa ke Mahkamah Tinggi London.

“Koh-i-Noor bukan sahaja sekadar berlian 105 karat, namun ia adalah sebahagian sejarah dan budaya kami. Mahkota itu sepatutnya dikembalikan semula,” kata David de Souza yang mengetuai kumpulan untuk mendapatkan semula mahkota berkenaan.

Bagaimanapun, Britain menolak tuntutan untuk mengembalikan semula mahkota berbentuk bujur yang dihadiahkan oleh kerajaan India kepada Ratu Victoria pada tahun 1851 itu.

Seorang ahli sejarah, Andrew Roberts berkata, semua pihak perlu mengiktiraf bahawa Britain adalah tempat yang paling sesuai untuk menempatkan Koh-i-Noor.

“Malah, penglibatan Britain di India sejak tiga abad lalu telah membawa banyak pembaharuan terutama dari segi pemodenan, perlindungan, pembangunan, pertanian, penyatuan bahasa dan demokrasi,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI