padah taja keganasan...kotak hitam kukuhkan teori pesawat russia di bom




SEBILANGAN pelancong kelihatan bersantai di sebuah kafe di Sharm el-Sheikh, Mesir kelmarin ketika Rusia dan Britain membawa pulang rakyat dari negara tersebut.

PARIS – Data kotak hitam pesawat Rusia yang terhempas di Mesir minggu lalu turut menjurus bahawa pesawat berkenaan meletup akibat serangan bom, menurut sumber.

Kedua-dua data penerbangan dan perakam suara didapati terhenti pada minit ke-24 selepas pesawat itu berlepas dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh ketika dalam perjalanan ke St. Petersburg sebelum menjunam ke Semenanjung Sinai dan mengorbankan kesemua 224 penumpang.

Kaherah dan Moscow sebelum ini menolak dakwaan kumpulan pejuang  Islamic State (IS) me­nembak jatuh pesawat Airbus A321 itu, namun beberapa petunjuk yang ada pada masa kini menyebabkan beberapa negara menggantung penerbangan ke Sharm el-Sheikh.

Presiden Rusia, Vladimir Putin kelmarin turut mengarahkan penerbangan ke resort Laut Merah itu dihentikan selain mengerah­kan 13 pesawat membawa pulang secara berperingkat kira-kira 79,000 rakyatnya yang kini melancong di Mesir.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov bagaimanapun memberi­tahu, meskipun beberapa petanda menjurus kepada bom sebagai punca nahas, namun Rusia belum membuat sebarang ketetapan selain meneruskan siasatan nahas penerbangan Metrojet 9268 tersebut.

Kementerian Kecemasan Rusia pula berkata, pakar-pakar negara itu telah mengambil sampel daripada bangkai pesawat dan mengujinya untuk mengesahkan sama ada bahan letupan yang menyebabkan pesawat berkenaan terhempas.

Bagaimanapun, satu sumber yang paling rapat dengan penyiasatan memberitahu, data kotak hitam berkenaan sangat menguatkan teori terdapat bom yang dibawa di dalam pesawat.

Sementara itu, Denmark menjadi negara terbaharu selepas Perancis, Belgium dan Britain memberi amaran kepada rakyat­nya supaya tidak berkunjung ke Sharm el-Sheikh.

Britain membawa pulang 1,400 daripada kira-kira 20,000 pelancongnya pulang kelmarin melalui lapan penerbangan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI