curi bas kerana takut terlewat duduki kertas peperiksaan




Adonis (kanan) bertindak memandu sendiri bas apabila pemandu tak muncul sedangkan dia sudah lewat untuk menduduki ujian Matematik.


GARA-GARA terlewat untuk menduduki ujian Matematik di sekolah, seorang pelajar lelaki nekad mencuri sebuah bas.

Associated Press melaporkan, seorang pelajar sekolah menengah atas di Western Cape, Afrika Selatan; La-Aan Adonis, 20 bertindak memandu sendiri bas yang diparkir lama di jalan raya selepas pemandunya tidak muncul-muncul, Khamis lalu.

Insiden dikatakan berpunca daripada gesaan rakan-rakan Adonis yang turut berada dalam bas terbabit yang berasakan mereka akan terlewat untuk menduduki ujian Matematik jika terus menunggu pemandu terbabit.

Drama berakhir apabila polis yang mengawal laku lintas berhampiran sekolah menyuruh Adonis memberhentikan bas sebelum memberikannya saman.

Susulan kejadian itu Adonis didenda sebanyak RM1,600 kerana melanggar undang-undang lalu lintas dan berdepan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

Berita baiknya, Adonis dan rakan-rakan sempat menduduki ujian Matematik manakala wang denda tersebut dijelaskan hasil derma orang ramai selepas kisahnya tersebar di media.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI