ferrari bernilai RM6.55 juta kemalangan




KEADAAN kereta itu selepas kemalangan.


Budapest: Sebuah LaFerrari, antara kereta paling mahal di dunia, terbabit dalam kemalangan sebaik keluar dari kedai menjualnya selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu.

Kejadian berlaku di jalan raya yang sibuk di ibu negara Hungary ini beberapa hari lalu dan dirakam oleh rakan pemandunya yang memandu kereta lain.

Mulanya, pemandu berkenaan dilihat mengendalikan kereta berharga RM6.55 juta itu dengan baik. Bagaimanapun, apabila tiba di satu selekoh, dia mungkin tertekan dengan kuat pedal minyak, menyebabkan kereta itu meluncur laju dan gagal dikawal.

LeFerrari itu yang boleh memecut 100 kmj di bawah tiga saat terbabas lalu melanggar beberapa kereta yang diparkir di tepi jalan.

Tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.

Ferrari hanya mengeluarkan 499 LaFerrari sejak awal tahun lalu. Kejadian di Budapest itu adalah keretanya yang keempat terbabit dalam kemalangan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI