peguam negara barua....sosma untuk jaga keselamatan najib...tolong jangan perbodohkan rakyat...boleh tak..?..!!!

Sosma bukan untuk pengganas saja, kata peguam negara



peguam barua...bermati matian pertahankan salahguna kuasa najib haramjadah...



Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 tidak terhad kepada keganasan atau pengganas saja, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media hari ini untuk menepis kritikan terhadap Putrajaya kerana menggunakan undang-undang itu.

Apandi berkata, Sosma sebagai undang-undang prosedur membenarkan tindakan khas diambil bagi membantu siasatan dan tindakan pendakwaan yang membabitkan kesalahan keselamatan.

“Takrifan 'kesalahan keselamatan' membuatkannya jelas yang Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas saja,” katanya membaca kenyataan akhbar di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Apandi berkata beliau mahu menjelaskan tuduhan terhadap bekas anggota Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, yang kelmarin  didakwa kerana cubaan mensabotaj ekonomi Malaysia dan sistem perbankan dan kewangan.

"Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukan di bawah Sosma.

"Keputusan kami ini dipertikaikan pihak tertentu"

"Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan yang Sosma adalah undang-undang prosedur yang menyediakan langkah-langkah khas bagi membantu siasatan dan pendakwaan bagi apa yang dikenali sebagai kesalahan keselamatan," katanya.

Kelmarin , 6 pemimpin veteran Barisan Nasional diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang akhbar mengutuk penggunaan Sosma terhadap Khairuddin dan Chang yang sebelum ini mengkritik syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin membuat laporan terhadap firma itu di beberapa negara.

Pemimpin-pemimpin BN itu berkata, ketika ia diluluskan, Sosma bukan bertujuan untuk digunakan terhadap mereka yang menyuarakan pendapat atau kepercayaan.

Apandi berkata ketika Sosma mula-mula digubal, ia menyenaraikan sebagai 'kesalahan keselamatan' perkara di bawah Bab VI Kanun Keseksaan (kesalahan menentang negara) dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan berkaitan keganasan).

Dalam Bab VI, Seksyen 124L Kanun Keseksaan – tuduhan terhadap Khairuddin dan Chang – disenaraikan sebagai suatu kesalahan, dan merupakan salah satu daripada 7 kesalahan baharu yang diperkenalkan dalam Kanun Keseksaan pada 2012 melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012.

Tujuh perkara itu adalah aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, cubaan melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen, penyebaran maklumat, sabotaj, cubaan melakukan sabotaj, pengintipan dan cubaan melakukan pengintipan.

"Kesalahan-kesalahan ini adalah tambahan kepada pindaan undang-undang itu, dengan pengubahsuaian bagi kesalahan tertentu yang dulunya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960."

Beliau juga berkata Seksyen 130A Kanun Keseksaan mentakrifkan istilah "sabotaj" sebagai bermaksud, melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan dengan niat hendak mendatangkan bahaya kepada, antara lain, penyenggaraan "perkhidmatan penting", sambil istilah "perkhidmatan penting" itu ditakrifkan sebagai termasuk perkhidmatan perbankan dan kewangan.

"Jabatan Peguam Negara memberikan penjelasan ini berhubung peruntukan undang-undang yang diguna pakai dalam kes Khairuddin dan Chang bagi mengelakkan sebarang kenyataan mengelirukan mengenai peruntukan undang-undang berkaitan.

"Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tidak boleh mendedahkan sebarang fakta yang berkaitan dengan kes mereka kerana perkara itu masih tergantung di mahkamah," kata Apandi.

Khairuddin dan Chang memfailkan permohonan semakan pertuduhan mereka sama ada ia boleh dianggap sebagai kesalahan keselamatan.

Mahkamah Tinggi akan mendengar kes mereka Isnin ini. Sabitan kes itu boleh membawa hukuman penjara maksimum sehingga 15 tahun.

Apandi berkata kesalahan lain dalam Kanun Keseksaan sudah dimasukkan sebagai kesalahan keselamatan di bawah Sosma.

Ia terkandung dalam Bab VIB Kanun Keseksaan berkaitan jenayah terancang, kesalahan di bawah Bahagian IIIA Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan kesalahan di bawah Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Negara Asing 2015






##



hebat hebat...peguam barua nie...memudarat demokrasi berparlimen..?ada kena mengenakah dengan laporan pendedahan penyelewengan  1 mdb oleh najib..?

jauh panggang dari api...alasan tak logik untuk tutup mulut pengkritik...kalau takut di kritik berhentilah dari jawatan PM...debat pun jadi pengecut...apa punya bangsat PM najib...berani cakap berdegar degar di depan penyokong dan barua penjilat...tapi takut serba serbi..

dedah dokumen rasmi melibatkan penyelewengan di kira sabotaj ka...? ini apa pun banggang..!!!

najib nih dah kalut...dedah  seleweng  1 mdb  di anggap mengugat demokrasi berparlimen...tang mana tu wa nak tau...!!

ganggu gugat ekonomi negara..?...dedah seleweng 1 mdb boleh gugat ekonomi negara..kalau tak dedah  pencuri najib curik duit rakyat melalui 1 mdb maknanya tak jejas ekonomi negara lah ea...banyak pandai ini pencuri nak perbodohkan rakyat..arrr...!!!

Adakah membuat laporan polis atau kepada mana-mana pihak berkuasa asing akan mendatangkan bahaya kepada kerajaan Malaysia?

Mendatangkan bahaya kepada Najib, memang YA....

Tapi 1MDB yang tak boleh bayar hutang memang mendatangkan bahaya kepada ekonomi Malaysia.

Ini baru betul sabotaj ekonomi negara. Apa lagi? Kasi angkut la semua pengurusan 1MDB. Jangan angkut mat despatch dia ajer sudah.... Lawak siot..






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI