habiskan wang gaji untuk kebajikan



MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat – Satu pasangan suami isteri di sini hanya menggunakan sedikit daripada gaji bulanan mereka untuk keluarga, manakala selebihnya dibelanjakan bagi tujuan kebajikan.

Tindakan itu menyebabkan pasangan berkenaan mampu menyalurkan derma daripada wang gaji mereka sehingga AS$100,000 (RM419,000) setahun kepada golongan yang memerlukan.

Julia Wise, seorang pekerja sosial dan suaminya, Jeff Kaufman, seorang jurutera perisian komputer di Google telah mendermakan sebahagian besar pendapatan mereka setiap tahun sejak 2008.

Pada 2013, pendapatan isi rumah pasangan tersebut berjumlah AS$245,000 (RM1.03 juta) dan tergolong dalam kelas 10 peratus rakyat Amerika Syarikat yang berpendapatan tinggi.

Selepas menolak cukai dan simpanan, mereka cuma hidup dengan AS$15,280 (RM64,000) atau enam peratus daripada pendapatan tahunan untuk tahun tersebut.

“Setiap dolar yang saya belanjakan adalah satu dolar milik seseorang yang lebih memerlukannya. Saya bernasib baik kerana menemui seseorang dengan pandangan serupa.

“Jeff dan saya sangat mengambil berat tentang usaha menambah baik dunia ini. Sejak di kolej, kami telah mendermakan 30 peratus daripada pendapatan tahunan kami. Tahun ini rezeki kami bertambah dan kami akan dermakan lebih lagi,” kata Wise dalam sebuah blog, Bolder Giving


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI