pisau kini simbol perjuangan rakyat Palestin



SEORANG penunjuk perasaan Palestin memegang sebilah pisau ketika satu perarakan di timur laut Gaza, Jumaat lalu.

BAITULMUQADDIS – Pisau yang disorok di dalam beg atau baju kini menjadi senjata pilihan dan simbol penentangan rakyat Palestin terhadap pendudukan Israel dengan 19 kes penduduk Yahudi ditikam direkodkan sejak 3 Oktober lalu.

Gelombang serangan itu meragut nyawa dua warga Israel dan mencederakan 20 lagi termasuk seorang remaja 13 tahun yang parah kelmarin. Ia meninggalkan trauma yang mendalam kepada penduduk Yahudi.

“Keganasan menggunakan pisau tidak akan mengalahkan kita,” kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dalam satu ucapan di Parlimen Israel kelmarin.

Imej pelbagai jenis pisau seperti pisau dapur dan pisau Rambo menghiasi laman-laman sosial di samping menjadi paparan media Palestin serta Israel sejak 10 hari lalu.

“Pisau ialah barangan harian yang boleh dibeli dan dimiliki sesiapa sahaja. Objek itu mudah disorokkan.

“Tujuan utama serangan menggunakan pisau adalah bukan untuk membunuh tetapi bagi menyebarkan ketakutan dan matlamat itu sudah dicapai,” kata pakar psikologi Israel, Shaul Kimhi.

Israel memiliki teknologi dan keupayaan bertindak balas terhadap ancaman dari luar seperti sistem antipeluru berpandu Iron Dome, tetapi mereka menghadapi kesukaran berdepan serangan menggunakan senjata ringkas itu


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI