terkejut kaki membengkak macam nak meletup



“SAYA berjalan sejauh 10 kilometer dan kaki saya hampir ‘meletup’,’’ bunyinya menakutkan tetapi itu yang dialami oleh Melissa King apabila kakinya tiba-tiba membengkak.

Bengkak itu sangat besar dan mengerikan hinggakan seolah-olah ia akan meletup. Keadaan ini menyebabkan King terpaksa menjalani pembedahan serta tidak boleh berjalan selama berminggu-minggu.

Jika tidak dirawat dengan segera, kaki kirinya itu mungkin terpaksa dipotong.

Menurut King, kesakitan yang alaminya adalah tidak tertanggung dan ketika ia mula membengkak, King merasakan kakinya mula kebas dan kemudian tidak dapat merasai jari kaki.

Dia kemudiannya mengejutkan suaminya dan mereka kemudian ke hospital.

Doktor memaklumkan King mengalami simptom di mana kakinya itu membengkak akibat kecederaan lama tetapi dia memaklumkan tidak pernah terlibat dalam kecederaan, hanya berjalan sejauh 10 kilometer sahaja.

Beberapa jam selepas tiba di hospital, kaki kiri King membesar dua kali ganda dan tekanan dalam anggota badannya meningkat tiga kali ganda.

Doktor terpaksa menggunakan pam vakum selama empat hari selepas pembedahan dijalankan bagi menyedut cecair dari dalam kakinya.

Pembedahan kedua juga dilakukan dan kali ini King terpaksa menerima 160 jahitan.

Meskipun pembedahan itu berjaya namun doktor masih mencari punca sebenar kakinya membengkak dengan teruk sekali.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI