jaket motosikal dengan teknologi beg udara





MENUNGGANG motosikal ialah aktiviti yang sangat tinggi risikonya, di mana anda boleh melanggar atau dilanggar dan impak dari kemalangan akan mengakibatkan kecederaan yang teruk.

Mengikut statistik di dalam ‘Ops Sikap’ yang telah diadakan sejak beberapa tahun, 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan adalah merupakan penunggang motosikal.

Tidak seperti kenderaan lain, tiada alat keselamatan sebaik tali pinggang keledar ataupun beg udara digunakan penunggang tempatan.

Dainese, pengeluar pakaian penunggang sukan lumba motosikal yang terkemuka dari Itali kini mempunyai sistem beg udara untuk kegunaan orang awam.

Jaket Misano 1000 D-air ialah jaket dengan beg udara terbina di dalamnya. Apabila ia mengesan kemalangan berlaku, beg udara akan mengembang dan mempertahankan kawasan dada, tulang selangka dan tulang belakang pemakai.
Angka 1000 yang digunakan pada nama jaket ini mewakili 1000 kemalangan selamat yang berlaku kepada pelumba MotoGP yang menggunakannya di atas litar.

Sistem beg udara ini sebenarnya sudah digunakan oleh penunggang MotoGP seperti Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo sejak tahun 2009 lagi.

Sensor terbina pada bahagian tulang belakang Misano 1000 D-air mengesan pergerakan pemakai sebanyak 800 kali sesaat.

Ia mampu mengesan arah pelanggaran dan akan mengembangkan beg udara mengikut situasi. Apabila dikembangkan, beg udara membesar sebanyak 2 inci ke semua arah dan menyerap daya hentakan.

Harga jualan jaket Dainese Misano 1000 D-air bermula €1499 (RM 7311) sepasang.

Mungkin agak mahal bagi harga sebuah jaket namun adalah begitu berbaloi untuk harga sesebuah keselamatan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI