tidak potong rambut selama 13 tahun



GELANDANGAN ini hanya hidup di kaki lima dan mampu meraih pendapatan sehingga RM172 sehari.

NEW YORK – Seorang lelaki gelandangan di sini menjadi bualan ramai apabila dikatakan tidak memotong rambut sejak 13 tahun dahulu sehingga ia mencecah tanah.

Lelaki itu, Delfine Vizearra dipercayai menyimpan rambutnya sejak 2002 dan kini hidup terbiar di kaki jalan di Greenwich Village, New York.

Dia hidup dengan mengemis di kawasan sekitar dan mampu mendapat pendapatan sebanyak AS$35 (RM150) hingga AS$40 (RM172) setiap hari.

“Setiap pagi saya akan mendapatkan semua surat khabar dan akan membuat sarapan sendiri menggunakan peralatan memasak yang ada,” ujarnya yang ‘membina’ rumah kotak di kaki jalan.

Menurut seorang di kawasan kejiranan, jika Vizearra memotong dan menjual rambutnya, dia mampu menjadi seorang jutawan.

“Sukar untuk menyikat dan menjaga rambut yang terlalu panjang. Disebabkan itu, dia perlu memotong rambut bagi menjaga kesihatannya,” kata seorang pendandan rambut, Rebecca Sarraga.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI