SEORANG anggota polis Afghanistan berkawal di luar sebuah bangunan penjara di wilayah Ghazni, Afghanistan
GHAZNI – Sebilangan pemberontak Taliban berseragam tentera meletupkan bom kereta dan menyerbu sebuah penjara di Afghanistan semalam sebelum membebaskan beratus-ratus banduan serta membunuh empat anggota polis.
Serangan pada waktu siang di bandar Ghazni, timur Afghanistan itu mengimbau insiden serupa pada 2011 apabila hampir 500 banduan Taliban meloloskan diri dari sebuah penjara di wilayah Kandahar, selatan negara berkenaan.
Mayat-mayat yang ditembusi peluru bergelimpangan di pintu masuk penjara selepas serangan berlaku. Tentera Afghanistan kini berdepan musim peperangan pertama menentang kumpulan Taliban tanpa bantuan penuh daripada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.
“Sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan), enam pemberontak Taliban berseragam tentera menyerang penjara Ghazni. Mereka meletupkan bom kereta di hadapan pintu masuk penjara dan melancarkan bedilan roket sebelum menyerbu masuk,” kata Timbalan Gabenor Ghazni, Mohammad Ali Ahmadi.
Menurutnya, seramai 355 daripada 436 banduan berjaya melarikan diri. Kebanyakan mereka dipenjara kerana mengancam keselamatan negara dan beberapa jenayah lain.
“Sebanyak empat anggota polis Afghanistan terbunuh dan tujuh lagi cedera,” katanya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI