wanita Umno sendiri pun marah Najib KAKI KENCING






Sebuah video yang mengkritik keras Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa pemimpin tertinggi parti itu 'kencing' atau menipu rakyat menjadi viral di media sosial.

Dengan nada tinggi dan berbaur sindiran seorang anggota Wanita Umno, Anina Saaduddin, lantang menyuarakan pendapatnya di sebuah persidangan perwakilan Wanita Umno.

“Datuk Seri presiden dah kencing tiga juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.

“Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara.

Namun, di sebalik kemarahannya, Anina menegaskan beliau tetap menyokong Umno dan akan terus mengundi Barisan Nasional (BN).

“Saya sokong Barisan Nasional. Demi Allah, saya Umno. Walau apa pun, saya pangkah Barisan Nasional," katanya dengan nada suara yang tinggi.

Wanita itu turut menegaskan, kritikan beliau adalah disebabkan rasa cinta dan sayangnya terhadap parti Melayu itu dan beliau tidak mahu dirinya dipertikai ekoran ucapan yang dibuatnya tersebut.

“Jangan pertikai kesetiaan saya kepada Barisan Nasional, kepada Umno. Tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari.

"Setiap hari kencing kita, keluar dekat televisyen merata-rata" katanya dengan nada marah dan loghat Kedah itu.

Rakaman ucapan beliau tersebut viral di laman Facebook dan setakat ini mendapat tontonan lebih 230,000 pengguna media sosial.

Tidak dapat dipastikan beliau ketika itu sedang menghadiri mesyuarat bahagian atau cawangan Umno yang mana satu.





##



hang baru tahu Najib kaki kencing....kami dah lama tau dah...lebih lebih lagi sejak dia ada skandal dengan altantuya...habis di kencingkan rakyat setiap hari..mahkamah di kencing..polis barua pun di kencingkan..datuk seri anwar pun di kencing...sampai sifu tua dia madey pun nak fdi kencingkn kannn  madey dah marah .

Hanya member UMNO yang tak tahu dia kencing sehingga baru baru ini. Mana ada derma terus masuk dalam akaun persendirian dan bukan akaun UMNO?


Satu lagi  camana wanita UMNO boleh ada teloq tapi menteri Najib boleh x ade?....


Dan lagi....Buat ape nak maki maki kalau tetap nak pangkah BN. Datang PRU nanti, pangkah lagi untuk BN adalah pangkah untuk abang Jib jugak. Lepas tu kena kencing lagi...padan muka...melalak lagi...





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI