saman Najib dan SPR dakwa lakukan kesalahan pilihan raya dengan ‘derma’ RM2.6 bilion





PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya 1954 dengan sumbangan derma RM2.6 bilion serta bersubahat membenarkan kesalahan itu dilakukan.

PKR menerusi Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Najib melakukan kesalahan apabila membelanjakan RM2.6 bilion duit derma dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut mereka, jumlah itu adalah 26 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).


 "Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan The Wall Street Journal berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13, dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," kata Nurul Izzah.

Beliau juga menggesa agar mahkamah membatalkan keputusan bagi semua 222 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu dan mengadakan pilihan raya semula.

Menurutnya lagi, PKR juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) di seluruh negara berhubung wang RM2.6 bilion itu.

Setakat ini, 11 daripada 13 jawatankuasa pilihan raya negeri PKR sudah membuat laporan itu.

Turut menyaman adalah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Dzulkefly Ahmad dan turut dinamakan sebagai plaintif adalah dana sarat hutang milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).






##




kantoii dah...curi duit 1 mdb kata derma...sekarang kantoi salah guna duit derma dalam PRU...kita nak tengok najib terketaq ketaq melepaskan diri dari tuduhan..apa pula temberangnya kali ini...penderma dari arab kita tak tau lagi siapa dia...hantu ,jin atau polong kot

Tapi Jawapan mahkamah dah tau .......kes digugur, tidak bersalah. Hahaha....mcm tak biasa

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI