Najib jadi agen asing terima dana RM2.6 bilion
1:50 PTG
#tangkap najib
,
agenda rakyat
,
ejen asing
,
najib haramjadah
,
najib kaki kelentong
,
najib kaki kencing
,
politik
,
politik bangsat
,
politik kotor
Edit
derma langgar akta sprm dan spr...najib langgar...
cuma najib tak de telor nak langgar akta kabinet rosmah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menerima dana politik RM2.6 bilion dari negara luar.
Perbuatan Najib itu satu ancaman kepada negara dan ia dilihat sebagai cubaan untuk berkompromi dengan agen negara asing.Orang sebenar yang patut disiasat kerana mengancam demokrasi ialah Najib.
Kenapa? Kerana menteri pelancongannya mengakui RM2.6 bilion sumbangan derma diterima dari Timur Tengah dan ini merujuk kepada kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
Kita ada parti politik di Malaysia yang menang pilihan raya pada Mei 2013 dengan dana kerajaan asing. Bukankah itu ancaman kepada negara kita?
Itu tak menjadikan Najib berkompromi sebagai agen negara asing kah ? RM2.6 bilion dari negara asing dan oleh itu Najib menang pilihan raya umum menyebabkan kita sekarang menderita di bawah pentadbirannya.
Dengan dana RM2.6 bilion digunakan Najib untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) maka tidak hairan Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU itu.
Najib tidak boleh mengisytiharkan dirinya bebas daripada tuduhan salah laku wang RM2.6 bilion berkenaan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri belum memanggil presiden Umno itu.
Dengan RM2.6 bilion ini, tak peliklah PR kalah dalam PRU lalu. Bagaimana nak menang dengan RM2.6 bilion? Walaupun dengan RM2.6 bilion digunakan, PR masih mampu mencapai hampir 53% undi. Boleh tahan juga.
Kita menggesa Najib hadir ke pejabat SPRM secara sukarela untuk membersihkan namanya. Jangan tunggu lagi. Cepat ke SPRM.
Pergi SPRM dan jelaskan dari mana derma itu datang dan sama ada derma itu berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
##
Mungkinkah Pahlawan Bugis akan tewas...tunggu masa dan ketikanya sahaja....ha ha ha
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI