twitter membuang had 140-aksara pada Direct Message



Twitter sehingga kini terkenal dengan perkhidmatan laman sosial yang menawarkan pengguna menghantar mesej yang ringkas dan padat melaluinya. Tetapi, kini mereka melakukan beberapa perubahan pada perkhidmatan mereka, dan salah satunya adalah membuang had aksara pada Direct Message.

Direct Message adalah mesej peribadi yang dihantar kepada rakan-rakan yang mengikuti anda. Ia hanya boleh dibaca oleh siapa yang dituju sahaja dan bukannya umum seperti Tweet lain. Sehingga kini, ia dihadkan kepada 140 aksara sahaja, tetapi ia berubah bermula hari ini.

Kini, pengguna boleh menghantar Direct Message yang lebih panjang, sekaligus memudahkan lagi anda menghantar dan menerima mesej melalui perkhidmatan tersebut.

Perubahan ini hanya terhad untuk Direct Message sahaja, sementara perkhidmatan Tweet biasa masih terhad kepada 140 aksara.

Bercakap mengenai Direct Message, sebelum ini Twitter telah memperkenalkan sokongan permesejan berkumpulan menggunakannya.

Mungkinkah dengan perubahan-perubahan baru ini, kita akan dapat melihat suatu aplikasi permesejan berasingan daripada Twitter seperti pernah diura-ura akan sebelum ini?

Perubahan aksara untuk Direct Message ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, bermula dengan aplikasi Android dan iOS, dan diikuti pada laman Twitter.com, TweetDeck dan juga Twiter untuk Mac.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI