tengkorak berbentuk telur ditemui
Satu tengkorak aneh ditemui di sebuah tapak arkeologi di Rusia. Tengkorak ini mirip manusia, namun bentuknya lebih bujur seperti telur.
Para peminat teori konspirasi mengatakan ia sebagai bukti kuat kewujudan makhluk asing yang melawat Bumi di masa lalu. Namun ahli arkeologi menafikannya, dan bertegas tengkorak itu berasal dari seorang perempuan dari 4000 tahun sebelum masehi.
Pakar menyebut suku asli yang tinggal di Arkaim dekat bandar Chelyabinsk, Rusia, itu kerap mengikat kepalanya agar berbentuk seperti demikian.
Tidak mahu kalah, peminat konspirasi berhujah jika memang seperti itu, bermakna manusia purba berusaha mengikuti bentuk kepala tetamu asing dari luar angkasa.
Saintis Maria Makurova mengesahkan penemuan tengkorak aneh ini pada agensi berita TASS: "Kami menemui sebuah tengkorak yang masih dalam keadaan baik."
"Saya tidak menolak kemungkinan tengkorak ini berasal dari seorang perempuan suku Sarmati yang tinggal di kawasan tersebut, yang kini telah menjadi Ukraine, Kazakhstan dan Rusia moden," sambung Makurova, seperti dipetik Mirror.co.uk, Isnin (27/7/2015 ).
"Tengkoraknya bujur kerana suku tersebut mengikat kepala anak-anaknya dengan tali. Sudah jelas itu adalah tradisi suku," kata Makurova.
Makurova enggan mengulas mengenai spekulasi tengkorak makhluk asing. Saat ini dia dan rakan-rakan masih berusaha mengetahui mengapa tradisi mengikat kepala muncul di suku tersebut.
Penemuan tengkorak berbentuk telur ini menjadi misteri lain dari tapak purbakala Arkaim, atau dikenali juga dengan Stonehenge Rusia, yang diyakini diasaskan sekitar 4000 tahun sebelum masehi.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI