tak jawab fakta tapi tuduh fitnah memburukkan 1MDB...najib...najib...skandal dulu pun tak bersih ...mana rakyat nak percaya sama lu...!!!




ini yang di katakan fitnah...rugi RM 665 juta ...coverline rancang 1 mdb  jual tanah kepada  kepada tabung haji dengan harga melambung...tanpa izin pendeposit  tabung haji...



Datuk Seri Najib Razak   melahirkan rasa kecewa terhadap sangka buruk orang ramai terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana menteri berkata, perkara itu terjadi kerana persepsi fitnah yang terbentuk terhadap badan pelaburan itu.

"Kerana persepsi fitnah memerangi fikiran rakyat, maka satu kebaikan jadi salah.

"Sebab bila menyerang 1MDB, seolah-olah tak ada langsung jasa (1MDB) pada kita. Jasanya sebenarnya banyak," katanya di Putrajaya, petang ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan surat tawaran haji kepada imam serta pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung dan persekutuan terpilih di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

"(Kini) persepsi lagi penting daripada realiti dan kebenaran. Mengapa timbul perkara ini, kita harus tanya diri kita.

"Kadang-kadang kita ini terjebak percaya pada satu-satu berita tanpa kita mencari kebenaran dan memeriksa dengan betul kebenaran faktanya," katanya.

Beliau memberikan contoh kontroversi pembelian tanah 1MDB yang dilakukan Tabung Haji dan mewujudkan persepsi seolah-olah wang deposit pencarum tabung itu akan disalurkan kepada 1MDB.

"Apabila TH hendak beli sekeping tanah Tun Razak Exchange (TRX) kepunyaan 1MDB, bukan main riuh satu negara. Macam langit hendak jatuh.

"Seolah-olah TH punya simpanan deposit akan digunakan utk menyelamatkan 1MDB," katanya.

Menurutnya, perkara tersebut menjadi buah mulut orang ramai dan ia tersebar pantas kerana "persepsi dunia hari ini terbentuk melalui jari-jari manusia".

"Tapi realiti kebenaran adalah sebaliknya. Kebenarannya TH buat pelaburan, beli tanah yang tinggi nilai potensi pelaburannya sebab di TRX ada MRT di bawahnya. Ia jadi satu pusat kewangan nanti.

"Kalau TH ada bangunan di situ bayangkan keuntungan yang bakal diperoleh TH," kata Najib.

Ini adalah kali pertama Najib bercakap tentang isu 1MDB yang menjadi sasaran pengkritiknya selepas merombak Kabinet pada 28 Julai.

Rombakan itu dilihat membantutkan siasatan ke atas 1MDB apabila Datuk Nur Jazlan Mohamed yang sebelum ini mempengerusikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilantik menjadi timbalan menteri dalam negeri.

Kekosongan jawatan pengerusi PAC menyebabkan siasatan ke atas 1MDB tertangguh sehingga pengerusi baharu dilantik pada sidang Dewan Rakyat, Oktober depan.






##





fitnah...kepala hotak lu.....fitnah amendernya...tunjuk kat mana fitnahnya...penyelewengan demi penyelewengan termasuk duit haram yang masuk ke dalam akaun peribadinya berjumlah rm 2,6 billion masih tak mampu nak jawab...

1 mdb jadi port  rembat duit haram...tabung haji di peralatkan untuk bailout  kerugian 1 mdb ...walau pun najib memperlekehkan hanya sekeping tanah...yang konon boleh mendatangkan  keuntungan kepada  tabung  haji...tapi fakta tidak di tunjukkan...malah lebih banyak auta di utarakan...

beli tanah dengan harga mahal dari  pendeposit  tabung  haji   tanpa izinnya  ...ini betul ke..?...macam seseorang yang di beri amanah  menyimpan harta orang lain...tiba tiba dengan kepentingan peribadi  beliau menjualkan/mengadakan kepada pihak lain...betul ke tindakan ini...islam tak suruh pun buat kerja dajjal maca ini...!!!


Fitnah? Muhyddin dan Mahathir tanya soalan mudah pun kamu tak boleh jawab, macam mana persepsi rakyat terhadap 1MDB boleh positif ? Rakyat bukan bodoh. Semua orang tahu, kalau cikgu tanya soalan, murid tak boleh jawab, apa persepsi cikgu terhadap murid tersebut ?


Kata dari jari jemari...... Mana jari jemari kau yang nak saman wsj....., peguam dah makan angin, kembong perut kot tak jadi saman....

ni semua perbuatan Najib sendiri. Pemimpin yg kotor akan membawa lebih banyak keburukkan.

keranan jasa  lahanat  inilah   rakyat terpaksa  menanggung hutang sampai mati pun tak boleh habis bayaran cukai GST, barang naik, ringgit merosot dan wang simpanan kurang

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI