pemberontakan Umno bermula 3 pemimpin sayap letak jawatan....hah dulu jadi pak turut ajer...dah kena kecing dengan lahanat najib baru padan muka...kah kah kah....!!!

Pemberontakan Umno bermula di Johor, 3 pemimpin sayap letak jawatan




Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh   selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak.


Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

"Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu.

Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.

Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu.

"Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.

Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet, penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.

Kedua-dua pemimpin difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.

Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir.






##




geng penyamun berkelahi...kah kah kah...najib dah ada  kaki pukol jaga dia jadi TPM.....jaga jaga...silap silap lu kena  pukol dengan anjing najib zahid komedi tu...kah kah kah


Kakau umno betul membela rakyat maka semua ahli mesti ambil tindakan menggantikan Presiden atau keluar parti. Jika Presiden masih berterusan maka umno akan hilang kepercayaan orang melayu dan rakyat Malaysia dan pasti akan kalah teruk didalam PRU akan datang


Kenapa baru nak buka mata dan minda kamu sekelian kini, bahwa pemimpin Umno tak pernah ambil kira kepentingan rakyat jelata bila buat keputusan dan tindakan?

GST tu untuk kebajikan rakyat kah?Tol naik dan sambungan sampai 30 tahun lagi tempoh tol ,untuk kebajikan rakyat kah?

Minyak dunia turun minyak, utk pengankutan kita naik tiap bulan, utk kebajikan rakyat kah?

Hutang 1MDB berpuluh billion, tak tau utk apa, yang mesti ditanggung rakyat, utk kebajikan rakyat kah?

2.6 billion masuk akuan peribadi dari wang amanah, utk kebajikan rakyat kah?

Kapal terbang peribadi kos berbillion, utk kebajikan rakyat kah?

Buat Akta Rahsia Resmi untuk sorok kebobrokan pemimpin kerajaan, utk kebajikan rakyat kah?

Nasib baik ada ahli2 Umno  sedar dari tidur lena...tapi apa yang kamu semua mau lakukan, untuk tebus persekongkolan dalam menzalimi rakyat, yang telah lama dideritai ?


Najib tetap akan berkuasa di dlm UMNO sebab UMNO sekarang adalah kumpulan maksiat. Kalau Tan Sri nak lawan balik secara telus terutamanya di dlm parti UMNO, strategi awak bakal gagal. Jangan lupa Wang dan Maksiat yg lebih berkuasa dlm UMNO.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI