waktu antarabangsa tambah sesaat






Jika anda jenis orang yang amat mementingkan ketepatan masa tetapi kebetulan tidak memiliki jam atom, maka eloklah membuat pembetulan semula waktu standard Malaysia (WSM) hari ini.

Ini kerana satu saat sebelum pukul 8 pagi 1 Julai, WSM ditambah sesaat bagi diselaraskan dengan waktu antarabangsa yang turut ditambah satu saat iaitu berpandukan Greenwich Mean Time (GMT) di London.

Ini bermakna selepas pukul 23:59:59 (11.59:59 malam di GMT) ia kemudian disusuli dengan 23:59:60 sebelum beralih kepada 00:00:00 (12.00 tengah malam di GMT) yang menjadi tanda rujukan masa seluruh dunia.

Di Malaysia pula, penanda aras rujukan waktu GMT itu bermaksud 07:59:59 (7.59:59 pagi pada 1 Julai) yang kemudian disusuli dengan 07:59:60 sebelum beralih kepada 08:00:00 (iaitu dalam cakap mudah pukul 8 pagi).

Pelarasan waktu ditambah satu saat di seluruh dunia secara serentak pada hari ini adalah bagi menyeragamkan masa sebenar dengan kelajuan putaran bumi yang dilaporkan mengalami putaran yang lebih perlahan sedikit.

Fenomena digelar ‘saat lompat’ ini sudah banyak kali berlaku sejak tahun 1972, supaya jam dan sistem komputer adalah selari dengan rentak putaran bumi malah ia lazimnya akan berlaku sekali dalam beberapa tahun.

Penambahan waktu antarabangsa itu akan menjadikan detik waktu 07:59:60 berlaku dan tidak seperti kebiasaan, yang hanya akan bergerak ke detik 07:59:59 sebelum jam menunjukkan pukul 8.00 pagi.

Pengarah Masa di Biro Antarabangsa bagi Berat dan Ukuran Singapura, Felicitas Arias ketika dihubungi stesen Channel NewsAsia berkata, pembetulan itu memang adalah mudah, namun suka atau tidak perlu dilakukan.

Pasaran kewangan antarabangsa dilaporkan sudah bersedia untuk fenomena itu dan sesetengah pihak berkata, mereka akan menguji sistem waktu perdagangan untuk memastikan jam adalah tepat mengikut GMT.

Di Malaysia, WSM yang diguna pakai diselaraskan menerusi makmal jam atom oleh Institut Penyelidikan dan Standard Perindustrian Malaysia (SIRIM) di Shah Alam, Selangor.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI