15 askar rejim haram abdul fateh as sisi maut dalam serangan pejuang islam di sinai




BEBERAPA anggota polis berkawal di lokasi serangan bom yang mengorbankan pendakwa raya kanan Mesir, Hisham Barakat di Kaherah pada Isnin lalu.


KAHERAH – Sekurang-kurangnya 15 askar Mesir maut dalam serangan bom kereta di Sinai Utara semalam, lapor seorang pegawai keselamatan.

Pengeboman itu merupakan antara beberapa serangan ke atas tentera Mesir yang dilancarkan pada hari sama di rantau bergolak itu.

Pasukan tentera sering menjadi sasaran di Sinai selepas pemberontak yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pejuang  Islamic State (IS) melancarkan pemberontakan berdarah.

Serangan itu berlaku dua hari selepas kematian pendakwa raya negeri, Hisham Barakat yang terbunuh dalam serangan bom yang disasarkan ke atas konvoinya di Kaherah.

Hisham merupakan pegawai tertinggi kerajaan yang terbunuh sejak kumpulan pejuang islam  mesir melancarkan pemberontakan susulan tindakan tentera menggulingkan pemerintahan Presiden Mesir, Mohammed Morsi pada 2013.

Kerajaan Mesir melabel penyokong Morsi sebagai pengganas pada Disember 2013 dan mengambil tindakan keras dan ganas ke atas mereka dengan beratus-ratus penyokongnya dikenakan hukuman mati, manakala ribuan lagi dipenjara.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI