tak hidang babi tapi jamu pelangan dengan mi berperisa cicak




CUBA bayangkan, apa akan anda lakukan apabila sedang enak menggaul hidangan mi bersama kuah, tiba-tiba muncul seekor cicak yang sudah sebati di dalamnya bersama rencah yang lain?

Pastinya ia saat yang paling jijik dan menggelikan, apatah lagi menyedari anda telahpun menjamah hidangan tersebut.

Itu situasi yang dilaporkan berlaku kepada sepasang suami isteri yang datang ke sebuah restoran untuk menjamu selera.

Kalau ikutkan slogan yang terpampang di kedainya, ia bebas daripada hidangan babi. Tapi, jangan cepat berprasangka baik kerana kes ini menunjukkan pekerjanya tidak mengamalkan tata etika kerja yang baik apabila cuai ketika memasak!

Menerusi satu status laman sosial milik seorang pengguna, Xtremenic Lwk, dia menasihati pengguna agar tidak mengunjungi sebuah restoran di Kota Damansara.

Kongsinya tentang pengalaman tersebut, “Tolong jangan menjamu selera di kedai ini lagi. Saya baru menjamah separuh mangkuk mi sup daging dengan cicak di dalamnya. Saya memberitahu pengurusnya dan dia terus mengangkat mangkuk tersebut dan tidak bercakap sepatahpun.

Dia tinggalkan kami lima minit di situ tanpa memberitahu adakah kami patut muntah atau tunggu di situ untuk ganti rugi. Tapi saya mengambil keputusan untuk keluar dari kedai itu dan memastikan lelaki itu tidak bekerja di situ lagi.”

Andai dakwaan yang dibuat lelaki itu benar, maka tindakannya menegakkan hak sebagai pengguna harus dipuji supaya ia menjadi contoh buat pelanggan yang lain.

Sebagai pengurus, individu tersebut sepatutnya bertanggungjawab menguruskan situasi berkenaan dengan bijak. Sudah semestinya ucapan maaf harus didahulukan sebelum rundingan lain dibuat.

Buat pelanggan, lain kali anda juga harus berhati-hati ketika menjamah makanan yang dihidangkan. Selain dari memilih tempat yang bersih, apalah salahnya kalau anda rajin-rajinkan diri menyelak sedikit hidangan yang dihidangkan, manalah tahu terselit apa-apa yang tak patut di dalamnya, kan?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI