tupai jadi mangsa kempen tangkap pencuri kacang walnut




FACEBOOK rasmi polis Michigan ini menunjukkan seekor tupai yang seolah-olah menjadi buruan kerana mencuri 12,700kg kacang walnut.

MICHIGAN, Amerika Syarikat – Pasukan polis mencari seekor ‘tupai’ yang dipercayai menjadi dalang kehilangan 12,700 kilogram (kg) kacang walnut dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.

Gambar pencuri cilik itu turut dimuat naik ke Facebook rasmi polis Michigan sebagai makluman kepada orang ramai bagi tujuan penangkapan ‘tupai’ tersebut.

Bagaimanapun iklan berkenaan cuma merupakan taktik Jabatan Polis Shelby Township bagi menarik perhatian orang ramai supaya dapat membantu menyalurkan maklumat mengenai kes kecurian kacang berkenaan yang bernilai lebih AS$128,000 (RM485,964) itu.

“Tupai itu bukan suspek sebenar tetapi cuma gambar. Kami gunakan untuk menarik perhatian ramai. Tolong jangan ganggu tupai-tupai yang ada,” tulis polis berkenaan dalam keterangan gambar di Facebook.

Menurut jurucakap polis, sebuah trak dan treler yang membawa 18 palet walnut dan makanan lain dicuri dalam satu insiden pada 27 Jun lepas.

Kedua-dua kenderaan tersebut telah ditemui di Detroit, Amerika Syarikat pada 1 Julai lepas, namun kesemua barangan telah hilang.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI