tindakan BN sekat Sarawak Report hakis keyakinan rakyat menjelang PRU14
12:17 PG
1 malaysia di bodohkan
,
1 mdb
,
agenda rakyat
,
jho low
,
politik
,
politik kotor
,
projek kroni
,
rosmah penyanggak
,
skandal 1 mdb
,
skandal najib
,
skandal rosmah
,
UMNO parti rasuah
Edit
Cubaan Barisan Nasional (BN) mencemarkan nama pengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan hanya menambah kepada musnahnya keyakinan rakyat terhadap kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.i.
Tindakan BN mencari "kambing hitam" untuk dana negara yang dibebani hutang itu, dan meneruskan langkah mereka itu hanya akan melemahkan kedudukan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Ini berikutan dengan nama ahli politik pembangkang seperti Rafizi muncul di kalangan ahli politik pembangkang yang dituduh terlibat dalam plot hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1MDB.
Selain Rafizi, bekas pemimpin pembangkang yang kini di penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP, Tony Pua turut disebut, bersama laman web Sarawak Report berpangkalan di London yang menerbitkan berita pendedahan berkaitan 1MDB.
Kelmarin Putrajaya menyekat akses tempatan kepada Sarawak Report, dengan alasan demi kestabilan negara.
Menghalang capaian ke laman web Sarawak Report, ‘mengkambinghitamkan’ Rafizi dan Tony Pua, serta taktik lapuk sebenarnya akan membantu membenamkan Umno/Barisan Nasional dalam PRU14,
Cubaan untuk menjatuhkan pengkritik 1MDB itu tidak membuatkan ahli politik pembangkang rasa tergugat, malah hanya segelintir ahli Umno yang percaya dengan "dongeng" mengatakan skandal 1MDB merupakan rekaan pembangkang.
Sehingga sekarang, Najib dan konco-konconya masih belum dapat menjelaskan beberapa isu besar,.
1MDB menanggung hutang RM42 bilion, yang dikumpulnya dalam tempoh 6 tahun beroperasi.
Kononnya ia mempunyai aset mencukupi bagi mengimbangi hutangnya, tetapi masih belum mencairkan asetnya untuk hutang itu, yang ia sedang bertungkus lumus melangsaikan kadar faedahnya.
Selain menuduh ahli politik pembangkang dan Sarawak Report kerana membuat pendedahan mengenai 1MDB, pihak berkuasa Malaysia ini juga mengugut akhbar kewangan The Edge dengan surat tunjuk sebab berhubung beberapa pendedahan yang diterbitkannya sendiri.
Pagi kelmarin , The Edge Financial Daily dalam laporan terbarunya mendakwa hartawan Malaysia Low Taek Jho dan syarikat minyak PetroSaudi International merancang satu skim penipuan melibatkan AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) daripada 1MDB, dengan bantuan beberapa eksekutif 1MDB.
Menjawab tuduhan terhadapnya, Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB setakat ini berkata, ia merupakan sebahagian konspirasi antarabangsa yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik tegar 1MDB.
##
terkangkanglah najib laki bini nak jawab tuduhan ini...sekadar menghalang akses sarawak report dan mengugut menyiasat pembocor rahsia 1 mdb menambahkan lagi tuduhan ini adalah benar.
Hanya pesalah tegar yang takut bayang bayang sendiri tergamak berkelakuan tidak masuk akal sebegini.
GULING KERAJAAN CELAKA DAN HARAMJADAH INI DENGAN APA CARA ADALAH PENYELESAI KEPADA MASAALAH KEPINCANGAN NEGARA YANG DI TIMBULKAN NAJIB LAKI BINI ,KRONI DAN PARTI UMNO
Selagi di biarkan berleluasa najib laki bini dan umno terus memerintah negara ,keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat negara ini semakin sengsara .Ini di tambah kurangnya hasil negara akibat perompakan duit rakyat dan negara yang berleluasa di mana rakyat di paksa menanggung segala kerugian berkenaan melalui pelbagai kenaikan harga minyak ,barang dan perkhidmatan termasuk GST .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI