cacing bercahaya



IMEJ cacing bercahaya yang dirakam oleh jurugambar di dalam sebuah gua batu kapur di Auckland, New Zealand.

AUCKLAND, New Zealand – Seorang jurugambar merakam gambar menakjubkan cacing bercahaya di dalam sebuah gua di Pulau Utara di sini.

Cacing bercahaya daripada spesies Arachnocampa luminosa itu dirakam di habitatnya di dalam sebuah gua batu kapur dipercayai berusia 30 juta tahun.

Gambar-gambar tersebut didedahkan oleh artis media baru, Joseph Michael yang beribu pejabat di Auckland.

Beberapa gambar berkenaan memerlukan kira-kira satu jam untuk dirakam supaya kelihatan menarik.

“Gambar adalah berbeza pada gua dan saya perlu berada sehampir yang mampu. Lima minit untuk fokus. Tiga puluh minit atau satu jam untuk sesetengah imej yang lebih luas,” ujar Michael di Facebooknya.

Cacing bercahaya adalah nama umum bagi pelbagai kumpulan serangga dan larva larviform betina dewasa yang bersinar melalui proses biopendarcahaya atau pengeluaran dan pelepasan cahaya oleh organisma hidup



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI