kata mat tweeter aka mat barua ...tubuh pasukan penyiasat ke Bangkok nak soal siasat Justo....errr nak tanya...siasat ke atau nak pow justo supaya buat u-turn...!!!




Bukit Aman menubuhkan pasukan penyiasat untuk dihantar ke Bangkok bagi menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, berhubung dakwaan lelaki itu mengenai pertemuannya dengan ahli politik pembangkang dari Malaysia bagi menjual maklumat sulit.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bagaimanapun, polis Malaysia masih menunggu panduan daripada Polis Thailand untuk ke negara itu dan menjalankan siasatan ke atas Justo.

"Pasukan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) untuk ke Thailand telah kita tubuhkan dan mereka telah bersiap sedia untuk ke sana (tetapi) sehingga hari ini kami belum dapat kebenaran dari sana... jadi, saya tunggu mereka di sana selesaikan bahagian mereka terlebih dahulu sebelum pasukan kita ke sana untuk rekodkan keterangan dan jalankan siasatan.

"Kalau boleh, memang kita hendak ke sana secepat mungkin tetapi kita kena faham, menjalankan siasatan membabitkan kes besar seperti ini perlu dilakukan lebih teliti," katanya kepada Bernama

Pada Khamis lepas, Polis Thailand mendedahkan bahawa ada pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit.

Justo, 49, ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) Polis Thailand di Koh Samui pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh lelaki warga Switzerland itu.

Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid berkata kes itu mungkin mengambil masa agak panjang kerana ia melibatkan banyak pihak.

Ditanya mengenai pasukan itu, Khalid enggan mendedahkan bilangan pegawai yang terlibat dan siapa yang mengetuainya.

"Berapa ramai dan diketuai oleh siapa, akan saya umumkan kemudian ...biarlah dulu," katanya.

Ditanya sama ada Justo akan diekstradisi ke negara ini, Khalid berkata setakat ini, pihaknya belum membuat keputusan ke arah itu dan tindakan untuk ekstradisi bergantung kepada laporan siasatan pasukan PDRM itu.

"Biar pasukan kita jalankan siasatan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan sama ada nak ekstradisi atau sebaliknya," katanya.





##




kah kah....mcm kes altantuya ....kambing hitam di cari...untuk kes 1 mdb...tak pernah dalam sejarah PM yang memerintah malaysia selama 60 tahun...PM malaysia di malukan sebegini...bukan nak menabur fitnah,...tapi itulah realiti bila buat kejahatan yang berlindung di sebalik  status VIP..dia fikir bangkai gajah boleh di tutupi selamanya...

yang pelik dah jelas bukti yang ada mensabitkan binatang ini tapi barua...( dah memang patot pun azmin kata barua )...ini buat tindakan mengikut selera politik nya...kambing hitam di siasat...tapi dalang penyebab kecurian duit rakyat di biarkan ....teloq dah kena picit dengan rosmah demi sesuap nasi..

Lembaga pengarah 1MDB, Najib dan Rosmah dah ada bukti macam-macam ada potot kena soal siasat Bukit Aman..Namun satu cerita rekaan  kata Justo jual info ke opposition langsung  terus  buat special task force nak soal Justo...pencuri masuk rumah....tuan rumah kena tangkap maa...untuk pencuri lepas lari...pencuri kroni lah katakan


Polis Thai yg 3rd Class pun tak kuasa layan dan tak respect mat tweet dan kerajaan sirkas Malaysia sejak dari awal justo ditahan. Bercakap je perasan bagus. Tapi pengecut. Setakat kuat mengampu. Mana nak letak muka

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI